Botak Hanya Serang Lelaki Tua: Mitos Atau Fakta?


Banyak orang tidak merasa selesa dengan bahagian kepala yang tidak tumbuh rambut. Mereka akan mencari cara agar kejadian ini tidak berlarutan hingga menyebabkan kepala menjadi botak. Misalnya seperti selalu menggunakan topi untuk melindungi rambut daripada sinar matahari, sebab katanya kobotakan terjadi akibat sering terkena panas.

Terdapat beberapa 'keyakinan' lain yang dipercayai kebanyakan orang untuk mencegah botak. Ada yang benar, namun ada juga yang kurang tepat. Untuk itu, teliti beberapa mitos tentang kebotakan berikut ini:

1 Sinar matahari mengakibatkan kebotakan.

Fakta: Hal ini tidak benar. Sebab, kebotakan berkaitan dengan beberapa faktor dari dalam tubuh seperti gen, hormon, dan usia. Sinar matahari hanya akan berpengaruh pada tekstur rambut dan perubahan warna. Berjemur juga tidak menyebabkan kebotakan.

2 Karbohidrat menyebabkan rambut gugur dan botak.

Fakta: Karbohidrat dan protein memberikan nutrisi yang berfungsi menjaga kekuatan rambut. Penelitian yang dilakukan oleh dermatologi, Wilma Bergfeld, menunjukkan kekurangan zat besi yang ada hubungan erat dengan kebotakan.

3 Kebotakan hanya menyerang lelaki tua.

Fakta: Rambut gugur dan kebotakan kini banyak dialami remaja lelaki dan dewasa yang berusia antara 20 sampai 30 tahun.

4 Sering memakai topi menyebabkan rambut gugur.

Fakta: Bergantung pada kebersihan topinya. Jika anda menggunakan topi yang bersih, maka tidak akan mempengaruhi kerosakan rambut. Sebaliknya, topi yang kotor dapat meninggalkan kuman pada rambut dan menyebabkan jangkitan yang pada akhirnya mempercepatkan rambut gugur.

5 Trauma dapat menyebabkan kebotakan.

Fakta: Keadaan psikologi seseorang, termasuk stres dan trauma mempengaruhi hormon yang menyebabkan rambut gugur hingga menghalang pertumbuhannya.

6 Gel rambut dan penyembur rambut menyebabkan kebotakan.

Fakta: Kedua-duanya tidak berkaitan langsung dengan kebotakan. Namun, jika kerap digunakan bersama pengering rambut, maka hal ini boleh menyebabkan rambut rosak dan rapuh sehingga berpotensi mengakibatkan kebotakan.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan