Membajai Bibit Integrasi - Kem Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2017 Berjaya Capai Objektif


Puan Rozainum memberi sijil penghargaan kepada wakil tuan rumah Kelantan Puan Rozainum memberi sijil penghargaan kepada wakil tuan rumah Kelantan

Foto : Farizal Mohd Arif

Dari kejauhan, kelihatan deretan pepohon kelapa meliuk-lentok seolah-olah sedang menari disapa angin pantai yang mengasyikkan.

Suasana petang di kawasan perkampungan nelayan itu kebiasaannya amat tenang dengan sesekali kedengaran pukulan ombak yang tidak pernah jemu menghempas pasir-pasir memutih di tepi pantai.

Bagaimanapun, petang itu sorak-sorai beberapa kumpulan anak-anak yang riang bermain di suatu sudut lebih mencuri tumpuan.

Mereka kelihatannya begitu akrab seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain biarpun jelas terdiri daripada beberapa kaum yang berbeza dan datang dari pelbagai lokasi di beberapa negeri.

Mereka merupakan para peserta yang menyertai Kem Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2017 yang telah diadakan di Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan baru-baru ini anjuran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan