Pendidik Disember 2017
Pena Pengarang

MANFAATKAN CUTI 
SEKOLAH SEBAIKNYA

Masa yang dinanti-nantikan oleh semua murid sekolah sudah tiba! Ibu bapa yang bekerja juga sibuk memikirkan apa yang boleh dilakukan bersama anak-anak semasa cuti sekolah ini.

Cuti memang seronok. Ini adalah waktu terbaik untuk merehatkan minda daripada tekanan bekerja mahupun tekanan belajar. Guru yang sebahagiannya juga merupakan ibu bapa turut ingin lari daripada kesibukan tugas dan mahu menikmati aktiviti kekeluargaan.

Bukan semua keluarga mampu dari sudut kewangan untuk membawa anak-anak bercuti ke lokasi menarik pada musim cuti sekolah. Walau bagaimanapun, semua ibu bapa sudah pasti akan berusaha memberi peluang terbaik kepada anak-anak untuk merasai aktiviti bermanfaat sepanjang cuti.

Jika ada cukup perbelanjaan dan peluang, ibu bapa perlu melibatkan anak dengan aktiviti yang boleh membantu kemahiran sosial mereka, misalnya melalui seminar dan motivasi, kem ibadah, kem solat, belajar fardu ain dan lain-lain.

Ibu bapa juga boleh mengisi masa cuti anak dengan aktiviti keluarga seperti balik kampung, keluar makan, ziarah sanak-saudara, lawatan ke zoo atau pusat sains dan aktiviti seumpamanya.

Mungkin ada yang mahu mengambil kelas renang, kelas menunggang kuda, kelas memasak, kelas kraf, kelas muzik, klinik sukan dan apa sahaja jenis kelas jangka pendek.

Banyak masa boleh diisi sekeluarga semasa cuti sekolah. Ajak anak-anak melakukan gotong royong mengemas rumah dan kawasan sekelilingnya.

Pada cuti ini bolehlah beransur-ansur untuk mendapatkan barang-barang yang diperlukan bagi sesi persekolahan tahun hadapan. Semoga dengan perancangan awal dapat memanfaatkan semua dan memberikan motivasi kepada anak-anak untuk belajar.

Cuti sekolah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidik ini adalah bertujuan memberi ruang kepada murid dan guru berehat sebelum mereka menyambung pelajaran dan pengajaran pada sesi persekolahan tahun 2018.

Di samping itu, fahami maksud cuti sekolah itu. Jangan pula cuti 'secuti-cutinya' hingga meninggalkan buang sekali pelajaran.

Justeru, jika cuti sekolah tidak diuruskan dengan baik, ia akan menjadi sia-sia dan berlalu begitu sahaja. Musim cuti persekolahan perlu dirancang dan diurus dengan baik supaya ia dapat memberi manfaat kepada murid atau anak-anak itu sendiri.

Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) dirangka selaras dengan Aspirasi Sistem dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu dari segi akses pendidikan; setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing.

Tumpuan

PIMA Latih Jadi Usahawan

Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) diwujudkan khas bagi membantu murid yang kurang cemerlang dalam akademik bagi memastikan mereka turut mempunyai masa depan khususnya dalam pasaran pekerjaan kelak.

Laporan Khas

Membajai Bibit Integrasi - Kem Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2017 Berjaya Capai Objektif

Dari kejauhan, kelihatan deretan pepohon kelapa meliuk-lentok seolah-olah sedang menari disapa angin pantai yang mengasyikkan. Suasana petang di kawasan perkampungan nelayan itu kebiasaannya amat tenang dengan sesekali kedengaran pukulan ombak yang tidak pernah jemu menghempas pasir-pasir memutih di tepi pantai.

Tumpuan

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Penggerak Pembelajaran Bermakna

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti, mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Tumpuan

Ke Arah Sistem Terbaik Dunia - Transformasi Pendidikan Negara (Bahagian 1)

Transformasi dalam sistem pendidikan negara merupakan suatu keperluan yang  tidak boleh tidak mesti dilaksanakan. Kita sekarang berada dalam Revolusi Industri ke-4 (4th Industrial Revolution), iaitu suatu penggabungan dunia fizikal, digital dan biologikal yang memberi kesan kepada semua disiplin, ekonomi dan industri. Apa yang penting dalam pendidikan negara kita adalah bukan sahaja rakyat mampu mendepani Revolusi Industri ke-4 ini, tetapi juga teguh dengan nilai, etika dan ciri  kerohanian, serta mampu mengekalkan identiti sebagai bangsa Malaysia.

Kesihatan

Botak Hanya Serang Lelaki Tua: Mitos Atau Fakta?

Banyak orang tidak merasa selesa dengan bahagian kepala yang tidak tumbuh rambut. Mereka akan mencari cara agar kejadian ini tidak berlarutan hingga menyebabkan kepala menjadi botak. Misalnya seperti selalu menggunakan topi untuk melindungi rambut daripada sinar matahari, sebab katanya kobotakan terjadi akibat sering terkena panas.

Inspirasi

Cikgu Saifulnizan - Ikon Pendidikan Digital

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) pada era digital hari ini tidak dapat dinafikan sedikit sebanyak telah mentransformasikan platform serta senario pendidikan di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Tokoh Pendidikan

Yahaya Ibrahim: Ikon Pendidikan Negara

Nama Tan Sri Dr. Yahaya Ibrahim, 88, mungkin tidak dikenali generasi muda hari ini. Namun, beliau yang diberi gelaran 'Ikon Pendidikan Negara' ini seangkatan dengan tokoh perfileman Melayu, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Kolumnis

Didik Murid Hargai Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan guru pertama dan pendidik berterusan kepada seseorang anak. Dalam hal ini, ibu bapa menjadi sumber sokongan utama kepada anak sehingga anak mampu berdikari dan menceburi bidang kerjaya. Namun, sokongan ini tidak berhenti di situ sahaja. Ibu bapa juga menjadi tempat bergantung kepada anak apabila anak berhadapan dengan sebarang masalah dan memerlukan penyelesaian tertentu. Oleh itu, peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh ibu bapa dalam mengasuh dan mendidik selain menjadi tempat bergantung kepada anak merupakan suatu yang tidak dapat diukur sama sekali.

Nota Cikgu Pencen

Baiki Hubungan Rakan Sebaya Dan Keluarga

Masalah perhubungan dengan rakan sebaya dan keluarga sering timbul dalam kalangan remaja yang berada di sekolah menengah yang boleh menyebabkan stres. Antara situasi yang boleh menyebabkan stres adalah berkaitan dengan masalah hubungan dengan rakan sebaya dan keluarga.

Pendidikan Global

Online Study Scheme Gives Refugee Students A Degree Of Hope

Qusai, 27, is Syrian refugee who has lived at Azraq refugee camp in Jordan for four years. Desperate to continue learning, his opportunity came in the form of a degree-level history course.

Rencana Umum

ExxonMobil-UKM Private & Public Sectors Collaboration To Train Skilled Educators in STEM

In a joint effort to address the declining interest among students in science and mathematics, the ExxonMobil Subsidiaries in Malaysia in collaboration with Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) have introduced a training programme under the ExxonMobil-UKM STEM Club @ Terengganu initiative.

Rencana Umum

Terap Kemahiran Abad Ke-21 Di Prasekolah Strategi Dalam Program Di IPT

Tanpa disedari dunia kini berada dalam era Revolusi Industri ke-4 (4IR). Terma 4IR merujuk kepada fasa ke-4 perkembangan teknologi kapitalisme (Dragan V., Jalena U., Davor K., 2016). Revolusi industri bermula apabila peralatan mekanikal berupa jentera dan mesin diperkenalkan pada 1870-an dalam Revolusi Industri Kedua. Peringkat ketiga revolusi berlaku pada 1960-an dengan munculnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sekarang kita memasuki Revolusi Industri ke-4 dengan munculnya teknologi 'cyber-physical' seperti 'robotics' dan 'artificial intelligence' (AI).

Agama

Berfikirlah Dengan Hati

Berfikir dengan hati? Selama ini kita tahu berfikir menggunakan akal fikiran. Bagaimana pula caranya berfikir menggunakan hati? Yang menariknya penyataan “berfikir dengan hati” terkandung dalam al-Quran. Al-Quran adalah satu-satunya sumber yang menyatakan bahawa berfikir adalah kerja hati.

Kesihatan

3 Sumber Vitamin D Untuk Kesihatan Tulang

Tubuh kita memerlukan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dan pertumbuhan tulang. Vitamin D yang cukup dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan membuat tulang menjadi kuat. Maka penting bagi anda untuk mendapatkan vitamin D setiap hari. Setiap hari orang dewasa memerlukan vitamin D sebanyak 600 IU.

Kolumnis

Bantu Pendidikan Anak-Anak Islam - Misi Kembara Korban, Akikah dan Bantuan Pendidikan Kemboja

Saban tahun tiap kali menjelang Aidiladha, berbondong-bondong rakyat Malaysia menerusi pelbagai latar belakang agensi, institusi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkunjung ke Kemboja bertujuan untuk melaksanakan ibadat korban. Kecenderungan kalangan warga muslim negara ini menjalankan ibadat korban di negara majoriti penganut Buddha itu bermula sejak tahun 2005.

Halaman 1 dari 2

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID