Negara Paling Bahagia di Dunia


Finland diisytiharkan sebagai Negara Paling Bahagia Di Dunia daripada kalangan 156 negara, menurut dapatan satu tinjauan tahunan yang dikeluarkan pada 14 Mac 2018.

Dalam kalangan negara Asia, ranking tertinggi diduduki oleh Taiwan di tangga ke-26, manakala bagi Asia Tenggara, Singapura ke-34. Malaysia pula di tangga ke-35.

Ranking tersebut diukur berdasarkan ciri-ciri seperti Hasil Dalam Negara Kasar (GDP) per kapita, sokongan sosial, jangka hayat kesihatan, kebebasan sosial, bebas daripada rasuah dan kemurahan hati.

Finland naik menduduki tempat pertama daripada tangga kelima tahun lalu – sekali gus mengetepikan Norway dari tangga pertama. Berikut ialah 10 ranking negara paling bahagia -- ternyata terus dikuasai oleh negara-negara Nordik: (1) Finland, (2) Norway, (3) Denmark, (4) Iceland, (5) Switzerland, (6) Netherlands, (7) Canada, (8) New Zealand, (9) Sweden dan (10) Australia.

Tinjauan tersebut juga nampaknya mendapati bahawa rakyat Amerika Syarikat menjadi 'kurang gembira'. ia menduduki tangga ke-18, iaitu jatuh 4 tangga berbanding tangga ke-14 yang diraihnya tahun lalu.

"Ia kelihatan ketara sekarang. Tanda-tandanya tidak elok untuk Amerika Syarikat. Ia semakin kaya dan kaya, tetapi tidak semakin bahagia," ujar ketua tinjauan tersebut, Profesor Jeffrey Sachs dari Universiti Columbia New York.

Lima negara paling corot dalam kalangan 156 negara yang ditinjau itu adalah:

  • Yaman (152)
  • Tanzania (153)
  • Sudan Selatan (154)
  • Republik Afrika Tengah (155)
  • Burundi (156)

Ini antara ranking negara-negara Asia yang lain:

  • Thailand (46)
  • Jepun (54)
  • Korea Selatan (57)
  • Filipina (71)
  • Hong Kong (76)
  • China (86)
  • Vietnam (95)
  • Indonesia (96)


Lagi dalam kategori ini:

Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan