SEPUTIH KEMBOJA

— oleh WADIASSOFI JAAFAR —

Bunga yang dikarang
menjadi sekalung ingatan
bagaikan seputih kemboja
di persada persahabatan
yang menunjangkan nilai kerukunan
untuk hidup lebih bahagia
di persada kehidupan.

Inilah bunga yang dikarang
menjadi seutas bahagia
untuk dipotretkan semula
agar rona-rona kehidupan
mampu mendewasakan insan
untuk lebih kreatif kehadapan
dalam memacu pemodenan
bersama impian dan harapan

Moga-moga mercu kegemilangan
mampu memberikan kebahagiaan
untuk menjadi negara berwawasan
menuju ke puncak kejayaan
agar rakyat mampu berfikiran
untuk menongkah arus kesaksamaan
di persada negara erti kesejahteraan.

WADIASSOFI JAAFAR
Kampung Matang Kong,
Alor Setar, Kedah.