Istilah Baharu - Bukan bahan lelucon!


Pada tahun lalu, sebanyak 140 istilah baharu dalam pelbagai bidang ilmu telah diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Penerbitan istilah-istilah baharu ini dilakukan seiring dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan arus perkembangan ilmu yang semakin rancak. Bagaimanapun, langkah proaktif DBP ini telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada sebahagian masyarakat. Ada yang berasa pelik, lucu, tidak berpuas hati, memandang sinis, dan memperlekeh padanan istilah yang diterbitkan dalam bahasa Melayu itu. Akibatnya, sesetengah daripada istilah tersebut menjadi tular dan menjadi bahan lelucon!

Antara perkataan yang menjadi bahan lawak dan mendapat komentar dengan cara yang kurang bijak termasuklah penerbitan istilah "tunafoto" (photo bomb), "hantaran" (posting), "pin rongak" (grandma's teeth), "meridap" (nap), "swafoto" (selfie), dan "iklan acah" (teaser). Akibatnya, ada suara nakal yang cuba memberikan padanan seperti "bom foto", "fotoletup", "gambar letup", dan "swagambar" kepada perkataan ini. Yang jelas, golongan ini tidak memahami dan menguasai fungsi, sifat, dan makna sesuatu perkataan. Ketidakfahaman akan kosa kata ini dan maknanya menyebabkan padanan yang diberikan semakin pelik!

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan