Sekolah Tanpa Bilik Guru - Amalan Terbaik Sekolah Berprestasi Tinggi SK Seri Biram


Keunikan dan kelainan  SK Seri Biram ini menjadikan ia salah sebuah sekolah yang mempunyai Amalan Terbaik Dalam Pendidikan yang tersendiri di Malaysia. Keunikan dan kelainan SK Seri Biram ini menjadikan ia salah sebuah sekolah yang mempunyai Amalan Terbaik Dalam Pendidikan yang tersendiri di Malaysia.

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) merupakan sekolah yang cemerlang, mempunyai etos, watak, dan identiti yang tersendiri, unik serta menyerlah dalam semua bidang hingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu SBT juga masing-masing mempunyai Amalan Terbaik Dalam Pendidikan yang boleh menjadi contoh dan penanda aras kepada sekolah lain di dalam mahupun di luar negara.

Di Pekan, Pahang, sebuah SBT iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Biram telah menjadikan Sekolah Tanpa Bilik Guru sebagai amalan dan budaya terbaik mereka sejak tahun 1999. Tahun ini menandakan sudah mencecah 19 tahun konsep Sekolah Tanpa Bilik Guru dilaksanakan di sekolah tersebut.

Program ini mula diasaskan oleh bekas Guru Besar, Naemah Mohamed Ali dengan menjadikan bilik guru sedia ada sebagai bilik mesyuarat dan bilik strategik. Sejak pelaksanaannya, semua guru tidak lagi berada di bilik guru pada masa senggang atau tidak dijadualkan mempunyai sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di mana-mana kelas, sebaliknya akan berada di dalam kelas yang paling banyak waktu mereka mengajar. Setelah pelaksanaan program ini menjadi amalan, ia berjaya mewujudkan budaya kerja cemerlang dan berprestasi tinggi dalam kalangan warga pendidik SK Seri Biram.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan