Ibu Bapa Perlu Tetapkan Peraturan Guna Telefon Pintar


Semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak. Telefon pintar menyediakan akses mudah kepada pembelajaran dan memudahkan anda berkomunikasi dengan anak anda.

Telefon pintar adalah alat pembelajaran yang hebat, tetapi penting untuk anda mendidik anak-anak supaya tahu menilainya dan menggunakannya dengan bijak.

Dengan itu, peraturan asas tertentu harus dibuat dan diterapkan dalam rumah untuk memastikan penggunaan telefon pintar yang adil dan selamat agar ia tidak mengakibatkan kesan buruk pada kesihatan dan kehidupan anak anda.

Untuk memastikan anak anda mematuhi peraturan ini, lebih baik anda juga mengikuti mereka di media sosial. Cara terbaik untuk melakukannya adalah menjadi rakan mereka.

Berikut adalah 5 peraturan yang mungkin perlu ditetapkan oleh para ibu bapa:

1 Tidak Boleh Gunakan Telefon Pada Waktu Malam

Penting untuk mendidik anak anda mengenai penggunaan telefon bimbit dan masa ia boleh digunakan. Terutama pada waktu malam, penting untuk anak anda mendapat tidur yang lena dan telefon bimbit boleh mengganggu masa tidur seseorang.

Oleh itu, adalah penting untuk menyimpan telefon anda pada waktu malam. Untuk memastikan anak anda tidak memberontak, adalah baik jika semua ahli keluarga melakukan perkara yang sama. Dengan itu, memudahkan anak anda untuk melakukan sedemikian juga.

8 Telefon Bimbit Dilarang Ketika 'Masa Untuk Keluarga'

Peraturan ini bukan sahaja akan menghindari anak anda ketagihan telefon tetapi juga akan membolehkan anda mempunyai masa keluarga yang bermutu.

Barangkali anak anda berasa dia tidak dapat menghabiskan lebih masa berhubung dengan rakannya. Tetapi penting untuk bersabar dengan anak-anak dan menunjukkan kepada mereka betapa pentingnya masa dengan keluarga.

3 Hadkan Akses Aplikasi

Jika anak anda masih terlalu kecil, langkah terbaik adalah supaya tidak memasang aplikasi media sosial dalam telefon pintar mereka. Sebaliknya jika usia mereka peringkat remaja, penting untuk menetapkan peraturan sebelum mereka memuat turun sebarang aplikasi.

Tetapkan peraturan untuk mengetahui akses kepada media sosial mereka seperti Instagram, Facebook, dan lain-lain sepanjang masa. Malah, cuba jauhkan mereka dari laman beli-belah dan pastikan mereka meminta izin sebelum membeli apa-apa secara dalam talian.

4 Hanya Balas Jika Kenal Individu Itu

Antara peraturan asas yang patut ada adalah anak-anak mesti sentiasa menjawab telefon masing-masing dan tidak meletaknya dalam mod senyap, kecuali bila diperlukan. Selain itu, beritahu mereka supaya jangan menjawab panggilan daripada orang yang tidak dikenali dan jangan memberi nombor mereka kepada semua orang.

5 Jangan Beri Maklumat Peribadi Di Laman Online

Penting untuk mendidik anak anda supaya tidak selalu menghantar mesej-mesej yang mereka dapat di internet atau percaya pada maklumat yang ada. Mereka juga perlu diberitahu supaya tidak menghantar gambar-gambar mereka menerusi internet kepada orang yang tidak dikenali. Mereka boleh menjadi mangsa buli siber atau berada di bawah radar penjenayah.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan