Pameran Alam & Guru - Serlah Bakat Dan Paradigma Guru Seni Visual


Bergambar kenangan bersama AJK pelaksana dan peserta pameran. Bergambar kenangan bersama AJK pelaksana dan peserta pameran.

"Pameran Alam & Guru" yang julung-julung kali diadakan baru-baru ini merupakan kejayaan menjelmakan hasrat menggabungkan pelukis-pelukis bergelar pendidik dari seluruh negara dalam satu pameran.

Usaha ini direalisasikan oleh Jabatan Pendidikan Seni Visual (JPSV) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Cheras, Kuala Lumpur dengan kerjasama Balai Seni Negara yang menyediakan ruang pameran karya di Creative Space 1 selama lebih dua bulan, bermula 21 Oktober sehingga 12 Disember 2017 yang lalu.

Pameran ini bertujuan untuk merancakkan lagi kegiatan seni secara aktif dalam kalangan guru Pendidikan Seni Visual (PSV) agar melangkaui batas ruang bilik darjah bersesuaian dengan pendekatan kurikulum pendidikan yang menggalakkan guru berkenaan berfungsi sebagai model pendidik-pelukis, karyawan dan budayawan kepada murid.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan