Bahasa Melayu Penting Untuk Penguasaan STEM


PENGUASAAN bahasa Malaysia yang baik akan memantapkan dan meningkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) di sekolah rendah mahupun menengah. Hal ini amat jelas apabila setiap murid memahami setiap makna kata, istilah dan juga penggunaannya yang tepat dalam STEM.

Bagi memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan juga bahasa Inggeris, perlu ada sokongan pemulihan yang intensif bagi murid yang lemah dan memerlukan. Banyak istilah yang digunakan dalam bahasa Malaysia yang perkataan asalnya adalah daripada bahasa Inggeris yang perlu difahami maknanya oleh murid.

Menggunakan kamus berkaitan dengan istilah dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) STEM yang betul dan tepat akan memudahkan murid memahaminya di peringkat asas. Buku panduan istilah ini memang ada diterbitkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi memudahkan guru dan murid memahaminya.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan