Unsur Didik Hibur Dalam PdPc


Foto : Saifuilnizan Che Ismail

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun 2011 lagi telah mencadangkan penerapan teknik didik hibur (fun learning) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Ini kerana kerajaan melalui KPM mahu merealisasikan hasrat mentransformasi sistem ataupun kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah di semua sekolah di negara ini. Antara elemen perubahan ketara dalam proses transformasi tersebut adalah memperkenalkan teknik didik hibur bermula di sekolah rendah. Teknik didik hibur di dalam bilik darjah akan menjadikan proses PdP lebih interaktif serta berpusatkan murid.

Antara ciri didik hibur dalam pengajaran adalah sesi pembelajaran yang tidak membosankan murid, sebaliknya membuatkan mereka merasa gembira atau seronok kerana pengajaran yang disampaikan turut diselitkan unsur humor atau jenaka, seni atau estetik, permainan, nyanyian, bercerita, puisi, lakonan dan lain-lain secara sistematik dan terancang. Cara ini dapat meningkatkan tahap keyakinan murid dan aktif berinteraksi dengan guru kerana ia berkonsep santai dan berhibur, justeru menjadikan suasana sesi pembelajaran positif dan murid sentiasa tertunggu-tunggu untuk melalui sesi seterusnya. Hal ini akan membentuk iklim pembelajaran yang aktif.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Terkini daripada Saifuilnizan Che Ismail

  1. Guru & Aplikasi ICT Dalam PdPc Abad 21