Tun Abdul Razak Cetus 'Revolusi' Pendidikan Negara


Tun Abdul Razak cetus revolusi pendidikan melalui Penyata Razak 1956. Tun Abdul Razak cetus revolusi pendidikan melalui Penyata Razak 1956.

NEGARAWAN, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein merupakan tokoh ulung yang telah memainkan peranan signifikan dalam usaha mencorak dan membentuk asas sistem pendidikan negara yang dinikmati pada hari ini bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah yang diguna pakai sebelum merdeka.

Nama beliau amat sinonim dengan gelaran Bapa Pembangunan Malaysia, lantaran beliau adalah tokoh yang telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), satu dasar komprehensif yang telah melakar sejarah dan hala tuju ekonomi negara.

Berkat daya usaha Tun Razak yang prihatin terhadap nasib pendidikan generasi akan datang, maka lahirlah Penyata Razak pada 1956 dan seterusnya termaktub sebagai Ordinan Pelajaran 1957.

Penyata Razak menjadi acuan yang paling berkesan selepas Laporan Barnes dan Fen-Wu yang sebelum itu gagal dilaksanakan British setelah mendapat bantahan meluas pelbagai golongan terhadap kewujudan sebuah sistem pendidikan di Tanah Melayu.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan