Pendidik April 2018
Pena Pengarang

Teruskan Langkah
menimba ilmu

Sejumlah 443,883 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 43,042 calon Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2017 telah menerima keputusan peperiksaan mereka.

Sudah pasti calon itu sendiri, keluarga mahupun guru, amat berharap agar keputusan cemerlang dapat dicapai. Kepada calon yang berjaya mendapat keputusan yang baik, mereka mahu melanjutkan pengajian peringkat seterusnya di universiti awam atau institusi pengajian tinggi swasta.

Bagaimana pula dengan sebahagian lain yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan? Katakan kepada mereka ini "jangan putus asa."

Perjalanan hidup masih panjang. Keputusan SPM atau STPM bukan penentu kejayaan dan kegagalan seseorang. Sebenarnya banyak perkara bermanfaat boleh dilakukan untuk meneruskan kehidupan mereka akan datang.

Hakikatnya, golongan remaja merupakan aset negara dan mereka perlu diberi segala peluang untuk membina karier mengikut kebolehan masing-masing agar tenaga muda yang ada tidak di persia-siakan.

Masih banyak jalan untuk melangkah ke hadapan. Ramai yang telah membuktikan mereka dapat menebus kehampaan dalam SPM menerusi STPM atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sebagai satu persediaan sebelum melangkah ke universiti.

Malah mereka boleh memilih bidang kerjaya yang diminati. Jika berminat pembelajaran yang banyak melakukan tugasan teknikal, politeknik amat sesuai untuk mereka. Di politeknik, pelbagai kursus diploma ditawarkan dengan fokus kepada kemahiran seperti kejuruteraan, perakaunan, perekaan, perhotelan, dan pelbagai lagi.

Selain itu, mereka boleh mempelajari pelbagai ilmu kemahiran peringkat sijil di institusi-institusi kemahiran seperti Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Mara, Akademi Binaan Negara, Kolej Komuniti dan banyak lagi menawarkan pelbagai sijil kemahiran. Sijil kemahiran seperti masakan, teknologi pembuatan, pengkomputeran, pembinaan, malah perpaipan ditawarkan memenuhi keperluan industri semasa.

Apa pun, teruskan langkah hingga berjaya. Kejayaan tidak datang dengan mudah asalkan mereka tahu mencari jalan yang sesuai dan bersikap optimis. SPM dan STPM adalah platform terbaik untuk ‘membuka pintu’ bagi merebut pelbagai peluang peningkatan ilmu dan kemahiran, tidak kira di dalam mahupun di negara.

Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2018 telah singgah di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Puteh, Kelantan pada 9 dan 10 Mac lalu. Program turun padang kementerian ini bertujuan memberi pendedahan serta pencerahan mengenai isu pendidikan kepada masyarakat setempat.

Fokus

Modul 10 Minit Perhimpunan

Surat Perkeliling Ikhtisad Bil.4/1984 (KP (BS) 8591/ Jld 11 (24) bertarikh 14 Jun 1984 telah memaklumkan bahawa semua sekolah kerajaan wajib melaksanakan perhimpunan formal pada setiap minggu. Rutin perhimpunan sekolah ini telah diguna pakai dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak pengurusan sekolah dalam menyampaikan amanat, perancangan serta agenda yang telah atau bakal berlangsung.

Laporan Khas

Hikmah Transformasi TVET - Pengalaman Kolej Vokasional Nibong Tebal

SUASANA di sekitar Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal, Pulau Pinang pada pagi Isnin 22 Januari lalu kelihatan sedikit sibuk berbanding hari-hari kebiasaannya. Sejak awal pagi lagi, kelihatan deretan kenderaan mula berpusu-pusu masuk ke perkarangan sebuah kompleks yang terdiri daripada beberapa buah blok bangunan. Itulah Kolej Vokasional Nibong Tebal (KVNT)

Rencana Umum

Pentaksiran Berasaskan Sekolah Cekap dan Telus

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) merupakan suatu pelaporan terkini hasil daripada pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mula digunapakai di semua sekolah di seluruh negara mulai tahun 2017.

Kolumnis

Motivasi Dalam Pembelajaran

Pembelajaran dalam dunia siber yang berkembang pesat merupakan cabaran yang sangat besar kepada murid sekolah dan juga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) pada masa kini. Tarikan media sosial yang semakin menular mengakibatkan mereka akan terus leka dalam dunia sendiri. Maka, seharusnya murid dan pelajar mengetahui kepentingan motivasi dalam pembelajaran. Ini kerana kecemerlangan proses pembelajaran akan dipengaruhi oleh faktor intelektual dan non-intelektual.

Tokoh Pendidikan

Tun Abdul Razak Cetus 'Revolusi' Pendidikan Negara

NEGARAWAN, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein merupakan tokoh ulung yang telah memainkan peranan signifikan dalam usaha mencorak dan membentuk asas sistem pendidikan negara yang dinikmati pada hari ini bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah yang diguna pakai sebelum merdeka.

Kelas Digital

Unsur Didik Hibur Dalam PdPc

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun 2011 lagi telah mencadangkan penerapan teknik didik hibur (fun learning) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Ini kerana kerajaan melalui KPM mahu merealisasikan hasrat mentransformasi sistem ataupun kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah di semua sekolah di negara ini. Antara elemen perubahan ketara dalam proses transformasi tersebut adalah memperkenalkan teknik didik hibur bermula di sekolah rendah. Teknik didik hibur di dalam bilik darjah akan menjadikan proses PdP lebih interaktif serta berpusatkan murid.

Advertorial

Getting the best in motor insurance after liberalisation

The insurance industry in Malaysia went through an important milestone on 1 July 2017, the liberalisation of motor insurance.  Since then, the insurance industry has transitioned from what was calm, consistent and predictable insurance market to one that is competitive, vibrant and challenging.

Kolumnis

Dilema Sistem Pengasingan Kelas

Sistem pengasingan kelas atau streaming secara umumnya merujuk kepada sistem pengasingan murid mengikut tahap penguasaan akademik. Sistem ini mengelompokkan murid yang mempunyai tahap penguasaan akademik yang sama dan diletakkan dalam satu bilik darjah yang sama. Pengasingan murid mengikut kelas ditentukan berdasarkan pencapaian akademik murid iaitu keputusan peperiksaan pada tahun sebelumnya.

Kolumnis

Bahasa Melayu Penting Untuk Penguasaan STEM

PENGUASAAN bahasa Malaysia yang baik akan memantapkan dan meningkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) di sekolah rendah mahupun menengah.  Hal ini amat jelas apabila setiap murid memahami setiap makna kata, istilah dan juga penggunaannya yang tepat dalam STEM.

Rencana Umum

Pameran Alam & Guru - Serlah Bakat Dan Paradigma Guru Seni Visual

"Pameran Alam & Guru" yang julung-julung kali diadakan baru-baru ini merupakan kejayaan menjelmakan hasrat meng­gabungkan pelukis-pelukis bergelar pendidik dari seluruh negara dalam satu pameran. Usaha ini direalisasikan oleh Jabatan Pendidikan Seni Visual (JPSV) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Cheras, Kuala Lumpur dengan kerjasama Balai Seni Negara yang menyediakan ruang pameran karya di Creative Space 1 selama lebih dua bulan, bermula 21 Oktober sehingga 12 Disember 2017 yang lalu.

Gaya Hidup

Cara terbaik hapus lipas

Isu lipas yang bermaharajalela di dalam kereta adalah masalah yang dialami sebahagian besar pemilik kenderaan. Jika anda seorang yang mudah ‘lemah lutut’ atau lemah semangat apabila berdepan dengan serangga perosak itu, ia mungkin boleh mengundang bahaya.

English Section

Teach Your Children About Sex Before Predators Do

"I didn't know that you could get pregnant by having sex," These were the words of Sara, a fifteen year old girl interviewed by UNICEF's ambassador, actress Lisa Surihani for a video on sex predators. She found herself pregnant after having sex with a man she had met on WeChat.

Global Education

HER TURN - It’s Time To Make Refugee Girls’ Education a Priority

Our children are born in a peaceful country, which has a strong government, political stability and sustainable economic growth. All of these allow them to get all their rights as a children, especially getting education, in which the mandatory 12 year education from pre-school to Form Five is free at all government schools.

Gaya Hidup

Ibu Bapa Perlu Tetapkan Peraturan Guna Telefon Pintar

Semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak. Telefon pintar  menyediakan akses mudah kepada pembelajaran dan memudahkan anda berkomunikasi dengan anak anda. Telefon pintar adalah alat pembelajaran yang hebat, tetapi penting untuk anda mendidik anak-anak supaya tahu menilainya dan menggunakannya dengan bijak.

Rencana Umum

Sekolah Tanpa Bilik Guru - Amalan Terbaik Sekolah Berprestasi Tinggi SK Seri Biram

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) merupakan sekolah yang cemerlang, mempunyai etos, watak, dan identiti yang tersendiri, unik serta menyerlah dalam semua bidang hingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu SBT juga masing-masing mempunyai Amalan Terbaik Dalam Pendidikan yang boleh menjadi contoh dan penanda aras kepada sekolah lain di dalam mahupun di luar negara.

Halaman 1 dari 2

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID