Resensi


Cikgu Bukan Ultraman

Penulis: Mohd Zamri Husaini
Penerbit: NAQ Publications
No ISBN: 9789671452745

Mendidik anak-anak abad ke-21 merupakan cabaran besar buat para guru hari ini. Cara dan pendekatan yang digunakan mungkin sedikit sebanyak berbeza dengan pendekatan terdahulu. Alvin Toffler, seorang pemikir dan futuris Barat pernah menyatakan di dalam buku Rethinking The Future, bahawa "Buta huruf di abad 21 bukan hanya dialami oleh orang yang tidak tahu membaca dan menulis sahaja, tetapi mereka yang tidak mahu belajar, berhenti belajar dan mengulang kembali belajar (learn, unlearn, relearn)."

Oh! Mudahnya Jahit Langsir

Penulis: Alinda Abu Kassim
Penerbit: Alaf 21
No. ISBN: 9789678607803

Keistimewaan buku ini ia memaparkan tujuh rekaan langsir yang mudah dija­hit. Ditunjukkan langkah demi langkah gambar rajah menjahit langsir – memudahkan mereka yang baru belajar mengikutinya. Rekaan jahitan berkonsepkan pelmet (bukan scallop). Mengandungi pemilihan peralatan menjahit - semua ini ditunjukkan di dalam gambar yang diambil oleh jurufoto yang berpengalaman.

Please Marry Me, Teacher

Penulis: Zany Ezatie
Penerbit: Fajar Pakeer
No ISBN: 9789673652952

Pertemuan Noah Mikael dan Hana Carmelia tidak begitu baik semenjak awal lagi. Noah Mikael membenci cikgu baru itu yang dirasakan mencabar maruahnya sebagai ketua kumpulan empat sahabat yang sangat dihormati di Bok Seng High School.

Namun, siapa sangka? Perasaan benci Noah Mikael itu akan bertukar pada cinta. Serius dengan perasaan cintanya, guru bahasa Melayunya itu terus dilamar. Malangnya lamaran itu ditolak mentah-mentah! Namun, penolakan demi penolakan tidak melunturkan semangat lelaki itu untuk sampai bila dia hendak menidakkan hakikat bahawa pelajar terlebih umur itu sudah menjadi suaminya yang sah? Sampai bila dia mahu menutup rapat hatinya buat Noah Mikael?

A.D.A (Anak Dara Abah)

Penulis: Norish A.Bakar
Penerbit: JS Adiwarna
No. ISBN: 9789670851808

Gara-gara anak-anak kucing itu keluarga Makcik Senah, kerukunan keluarga Encik Berahim, seorang bapa tunggal dengan tiga orang anak dara; Ona, Ayu dan Aina jadi haru-biru kerana Ona yang takut akan kucing itu bergaduh dengan Makcik Senah.

Mujurlah Encik Ibrahim ini baik orangnya. Dia tegas menyuruh anak daranya itu meminta maaf. Dan mereka akhirnya berbaik-baik. Saling bertukar juadah lagi. Jadi apa pula haru-birunya kalau mereka berbaik-baik? Sebab Encik Ibrahim jatuh cinta pada Makcik Senah yang kematian suami!

Apa masalahnya pula kalau duda jatuh cinta pada janda? Masalahnya anak lelaki Makcik Senah bercinta dengan Ayu. Sedang Ona pula menaruh hati pada lelaki itu.

Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0

Penulis: Fahmi Hassan; Jazlina Syahrul; Dr Kamarul Ariffin; Dr Onn Azli; Dr Fahd Razy; Dr Sharif Ahmad; Ahm Ahmad
Penerbit: Kata-Pilar Books
No. ISBN: 9789672014096

Anda selalu resah-gelisah seperti ada kabut dalam kepala? Atau dada sentiasa berdebar menahan rindu-dendam? Rasa tak keruan. Bosan. Jangan risau ada penyelesaiannya!

Diagnosis: Sakit Hati

Rawatan:

  1. Tablet Senyuman Glucose (500mg) 1 biji sebelum makan 3 kali sehari untuk sebulan.
  2. Krim Usapan Manja disapu nipis 2 kali sehari pada perut dan dahi untuk sebulan.
  3. Ubat kumur Ketawa Gargle 2 kali sehari (bangun pagi dan sebelum tidur) untuk sebulan.
  4. dan paling penting... Senaskhah CAKAR AYAM SEORANG DOKTOR 2.0 dibaca tiga kali sehari selama sebulan.

Mudah-mudahan hati anda terubat!

 

 


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan