Bangun Di Tengah Malam Dan Sukar Tertidur Semula?


Sebahagian daripada anda mungkin selalu terbangun di tengah-tengah malam dan kemudian sukar untuk tidur kembali. Kadang-kadang, hal itu cukup meletihkan mengingat tubuh belum mendapatkan secukupnya waktu untuk berehat.

Bagi siapa saja yang mengalaminya, ada beberapa tip yang patut dicuba. Apabila sukar untuk tidur semula, sebaik-baiknya beralihlah dari tilam anda. Jangan hanya terus-menerus berbaring di tempat tidur dengan mata terbuka.

Ini kerana perbuatan itu boleh membuat anda emosi dan bertanya-tanya mengapa anda berjaga di tengah malam. Lambat-laun perasaan itu mungkin membuat anda tidak terfikir untuk tidur kembali.

Apabila ingin tidur semula, anda harus mengelak otak daripada stres dan fikir tentang kebimbangan. Hal terbaik yang boleh dilakukan ialah berhenti berfikir bahawa anda hanya memiliki baki waktu tidur tiga jam. Alihkan fikiran tersebut ke hal lain, misalnya membaca buku. Namun pastikan cahaya tidak terlalu silau ketika membaca.

Dengan mengikuti tip tersebut, anda akan lebih mudah tidur semula. Cara ini juga dapat dipraktikkan oleh penghidap insomnia (sukar tidur).


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan