Waspada Gemuk Akibat Ubat


Penambahan berat badan sangat dipengaruhi oleh aktiviti yang anda lakukan sehari-harian. Pola makan juga mempunyai peranan besar dalam peningkatan dan penurunan berat badan. Ketika kalori yang masuk ke dalam tubuh lebih besar daripada kalori yang dikeluarkan, hal ini akan menyebabkan kenaikan berat badan. Bukan hanya itu sahaja, tanpa anda sedari, beberapa jenis ubat juga boleh menyebabkan berat badan naik. Berikut beberapa jenis ubat yang boleh meningatkan berat badan:

Tip 1 Anti tekanan (depresi)

Depresi merupakan salah satu penyebab pertambahan berat badan pada seseorang. Ini kerana, kebanyakan penghidapnya memilih untuk tidak aktif dan berdiam diri di rumah. Sayangnya, ubat-ubatan untuk menangani masalah depresi juga boleh menyebabkan berat badan anda meningkat. Tapi, pada sebahagian penghidap depresi, kenaikan berat badan yang berlaku bukan disebabkan oleh kasan sampingan ubat anti depresi, tetapi kerana peningkatan nafsu makan ekoran perubahan suasana hati.

Tip 1 Steroid

Kenaikan berat badan juga boleh disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan ste­roid. Hal ini berlaku, kerana kesan sampingan pengambilan steroid yang meningkatkan nafsu makan seseorang. Orang yang mengambil steroid juga boleh mengalami perubahan pada bahagian tubuh tertentu yang menyimpan lemak, seperti pada perut dan wajah.

Tip 1 Ubat-ubatan lain

Beberapa ubat-ubatan lain juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan, misalnya ubat untuk menangani penyakit migrain, tekanan darah tinggi, diabetes, dan kejang. Begitu juga dengan ubat-ubatan antipsikotik yang biasa digunakan untuk menangani gangguan bipolar dan skizofrenia.

Ada baiknya anda selalu menanyakan kesan sampingan ubat yang akan anda ambil kepada doktor untuk mencegah kesan sampingan yang tak diinginkan. Membeli ubat dengan sembarangan juga boleh mengancam kesihatan anda.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan