Cara Atasi Tidur Berdengkur


Dengkur merupakan satu gangguan tidur yang dialami oleh 45 peratus orang di seluruh dunia. Tetapi kebanyakan orang yang berdengkur, tidak begitu ambil peduli  hal tersebut dan tidak mencari cara untuk mengatasinya. Padahal, berdengkur boleh membuat pasangan, ahli keluarga atau rakan sebilik anda merasa terganggu. Yang lebih parah adalah berdengkur boleh menyebabkan sleep apnea iaitu keadaan pernafasan terhenti sementara waktu semasa tidur yang kemudian berisiko berkembang menjadi penyakit jantung.

Segera atasi kebiasaan berdengkur, dengan beberapa cara berikut ini:

Tip 1 Ubah posisi tidur

Ketika anda tidur telentang, aliran udara akan sukar masuk kembali ke kerongkong dan menyebabkannya terhalang menuju paru-paru. Hal tersebutlah yang menyebabkan keluarnya suara deng­kuran. Maka cubalah  tidur dengan posisi miring.

Tip 2 Turunkan berat badan

Salah satu penyebab dengkur adalah berat badan. Bagi anda yang berdengkur setelah mengalami kenaikan berat badan, maka cubalah untuk menurunkan berat badan anda. Kenaikan berat badan terutama di bahagian leher, boleh menyebabkan penyempitan bahagian kerongkong, sehingga semakin menyukarkan pernafasan anda.

Tip 3 Tidur teratur

Tidur malam yang lewat dengan keadaan diri kepenatan juga boleh menyebabkan dengkuran. Sebaik-baiknya anda menerapkan jadual tidur yang teratur.

Tip 4 Ganti bantal

Alergen yang ada pada bantal boleh jadi penyebab dengkur. Sebaik-baiknya gantilah bantal anda setiap enam bulan sekali untuk menghindari tungau debu atau alergen lainnya yang boleh menjadi penyebab dengkuran. Selain itu, jangan biarkan binatang peliharaan anda tidur bersama di tilam yang sama.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan