STPM dan SPM 2016 Tunjuk Peningkatan


Mahdzir beramah mesra dengan penerima anugerah sekolah terbaik dan pelajar terbaik Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) di Putrajaya. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Dato' Seri Alias Ahmad (kiri). Mahdzir beramah mesra dengan penerima anugerah sekolah terbaik dan pelajar terbaik Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) di Putrajaya. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Dato' Seri Alias Ahmad (kiri).

Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 telah diumumkan  pada 28 Februari 2017 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula pada 16 Mac 2017 - menunjukkan peningkatan.

Sebanyak 10 sekolah diumum sebagai penerima Anugerah Sekolah Terbaik STPM 2016 selepas mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi. Sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart, Sibu, Sarawak; Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; SMK Sin Min, Sungai Petani, Kedah; SMK Puteri, Kota Bharu, Kelantan; SMK Agama Sheikh Hj Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan; SMK Dong, Raub, Pahang; SMJK Jit Sin (SKK), Bukit Mertajam, Pulau Pinang; SMK Bandar Tenggara, Kulai, Johor; SMJK Chung Hwa Confucian, Georgetown, Pulau Pinang; dan SMK Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas, Kelantan.

Semua sekolah berkenaan menerima sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Pendidikan, Dato' Seri Mahdzir Khalid pada Majlis Penyampaian Anugerah Sekolah Terbaik dan Pelajar Terbaik STPM dan Malaysian University English Test (MUET) 2016, di Putrajaya akhir Februari lalu.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan