Jelajah Pendidikan KPM Platform Terbaik Interaksi KPM-Masyarakat


Sebahagian guru pelatih dari Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Kedah antara bakal warga pendidik yang turut serta berdialog dengan Menteri Pendidikan, Dato' Seri Mahadzir Khalid. Sebahagian guru pelatih dari Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Kedah antara bakal warga pendidik yang turut serta berdialog dengan Menteri Pendidikan, Dato' Seri Mahadzir Khalid.

Foto : Farizal Mohd Arif

Lebih empat tahun lalu, pada September 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bertujuan untuk melonjakkan prestasi sistem pendidikan negara agar setanding dengan negara maju melalui pelaksanaan transformasi pendidikan negara. Sejak tahun lepas hinggalah akhir tahun 2017 ini, PPPM 2013-2025 sedang berada dalam Gelombang 2 pelaksanaannya, setelah selesai pelaksanaan Gelombang 1 antara tahun 2013 hingga 2015.

Gelombang 1 telah menunjukkan beberapa kejayaan dalam pelbagai aspek seperti peningkatan enrolmen murid, prasekolah, infrastruktur sekolah, kualiti guru dan pemimpin sekolah, kurikulum dan pentaksiran, pelibatan ibu bapa, komuniti dan sektor awam, dan pengupayaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan



Lagi dalam kategori ini:

Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan