Pendidik April 2017
Pena Pengarang

WAJAH BAHARU
MAJALAH PENDIDIK

Anda sudah pasti perasan dengan perubahan pada majalah ini yang melapor, mengupas dan menilai dunia pendidikan tanah air. Majalah Pendidik keluaran April ini tampil dengan wajah baharu yang lebih menarik dan kontemporari.

Konsep gambar kulit depan dan reka letak teks serta gambar pada ruang dalamannya pun berbeza dengan keluaran yang lalu. Kami persembahkan reka letak dan fotografi yang lebih rapi dan mod bersih.

Persembahan atur letaknya dikemas kini memandangkan majalah yang berkonsepkan dunia pendidikan ini adalah medium perkongsian ilmu yang merangkumi semua golongan – baik murid, ibu bapa, guru, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya, Pejabat Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Perubahan yang dibuat adalah penambahbaikan kepada pengisian yang lebih mantap dan dinamik untuk sajian pembaca.

Penekanan kepada imej dan visual persembahan ini bagi memastikan pengisian majalah ini terus kekal relevan.

Perubahan ini juga merupakan satu anjakan yang lebih ke arah memperkemaskan reka bentuk yang lebih tersusun rapi dan moden sesuai dengan permintaan dan selera pembaca masa kini.

Majalah Pendidik masih mengekalkan identiti kandungan bersifat informasi dan beranalisis. Isu-isu dunia pendidikan akan diberi perhatian. Penjelasan akan dicari supaya warga pendidik yang terdiri daripada guru, masyarakat dan pemimpin diberi maklumat dan kefahaman yang betul.

Sidang pengarang Majalah Pendidik akan menyediakan kandungan yang lebih memperincikan realiti kehidupan guru, murid dan masyarakat. Kami juga sajikan artikel daripada kalangan guru, dan pihak KPM supaya saling mengetengahkan pandangan dan buah fikiran demi kelangsungan dunia pendidikan khususnya pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Majalah Pendidik akan terus membekalkan informasi terkini kepada pembaca dengan pelbagai program yang akan dilaksanakan oleh KPM selepas ini.

Selamat membaca.

Lebih empat tahun lalu, pada September 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bertujuan untuk melonjakkan prestasi sistem pendidikan negara agar setanding dengan negara maju melalui pelaksanaan transformasi pendidikan negara. Sejak tahun lepas hinggalah akhir tahun 2017 ini, PPPM 2013-2025 sedang berada dalam Gelombang 2 pelaksanaannya, setelah selesai pelaksanaan Gelombang 1 antara tahun 2013 hingga 2015.

Tumpuan

Guru Perlu Akur Majikan

Kisah sesetengah golongan guru berpolitik bukan baru. Malah ada segelintir guru yang condong memihak kepada parti politik pembangkang. Walau bagaimanapun apabila menteri yang bertanggungjawab hal ehwal keguruan memberi nasihat kepada semua penjawat awam bergelar guru di negara ini yang mahu aktif dalam politik parti pembangkang supaya melepaskan jawatan mereka, ada yang menyokong dan juga membantah.

Pemikiran Mahdzir

Integriti, PPPM, Pencapaian, Pengiktirafan Dan Harapan

INTEGRITI PENJAWAT AWAM

Dalam konteks perkhidmatan awam yang efektif, integriti merupakan asas kepada tadbir urus kerajaan yang kukuh. Sejak kebelakangan ini, perkara yang sering menjadi teguran adalah berkaitan audit dan ketidakpatuhan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara khususnya berkaitan program dan projek pelaksanaannya. Kita di KPM perlu sentiasa belajar daripada kesilapan terdahulu dan mengambil tindakan pencegahan awal yang lebih serius.

Semasa

STPM dan SPM 2016 Tunjuk Peningkatan

Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 telah diumumkan  pada 28 Februari 2017 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula pada 16 Mac 2017 - menunjukkan peningkatan.

Tumpuan

TN50 Cabar Kelaziman Guru

DALAM memenuhi Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) iaitu generasi muda yang cemerlang dalam tempoh 30 tahun, golongan guru jangan ambil mudah. Mereka perlu kreatif dalam mendidik anak murid. Kualiti guru perlu dimantapkan menerusi latihan yang berterusan. Ini supaya mereka dapat membangunkan modal insan yang memenuhi agenda TN50.

Tumpuan

Pendidik Dan Dasar Pendidikan Negara

Bidang pendidikan telah melalui pelbagai penambahbaikan dan pengubahsuaian di sana-sini. Semuanya untuk memenuhi tuntutan Dasar Pendidikan Negara.

Tetap

Kolaborasi AADK - KPM Banteras Dadah

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melihat amalan terbaik dalam soal pencegahan najis dadah dalam kalangan murid peringkat sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Inovasi Sekolah

Inovasi Sains SEMASHUR Diiktiraf Dunia

Pada 2 hingga 6 Februari tahun ini, bertempat di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Bangkok (BITEC), Thailand, sekumpulan empat orang murid Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) telah berjaya memanjangkan lagi senarai catatan kejayaan cemerlang untuk sekolah mereka dan sekali gus turut meningkatkan senarai rekod kejayaan gemilang murid-murid sekolah Malaysia di persada antarabangsa.

Kewangan

Difference between LIFE Insurance & Personal Accident Insurance

Life Insurance is relatively a straightforward product that pays benefits in the event of natural death or by sickness. But nowadays a lot of additions seem to have been added into the basic policy which has increased the premiums enormously, making it beyond the reach of middle and lower income people.

Rencana Umum

Projek 4 Dalam 1 SKPKI

Budaya bertani dan menternak hidupan laut atau darat untuk mendapat hasil protin merupakan warisan budaya daripada nenek moyang bangsa Melayu hingga kepada generasi kini. Malah ia bukan hanya warisan budaya bangsa Melayu, akan tetapi merupakan permulaan kepada aktiviti ekonomi  tamadun manusia itu sendiri.

Kesihatan

Cara Atasi Tidur Berdengkur

Dengkur merupakan satu gangguan tidur yang dialami oleh 45 peratus orang di seluruh dunia. Tetapi kebanyakan orang yang berdengkur, tidak begitu ambil peduli  hal tersebut dan tidak mencari cara untuk mengatasinya. Padahal, berdengkur boleh membuat pasangan, ahli keluarga atau rakan sebilik anda merasa terganggu. Yang lebih parah adalah berdengkur boleh menyebabkan sleep apnea iaitu keadaan pernafasan terhenti sementara waktu semasa tidur yang kemudian berisiko berkembang menjadi penyakit jantung.

Semasa

INISIATIF PAKEJ SKIM PERLINDUNGAN GURU

Wardah Communication Sdn. Bhd., menyediakan skim perlindungan untuk warga pendidikan  melalui skim insurans khusus "Kasih Guru", skim pengurusan jenazah lengkap "Pendidik Mukmin" khidmat pengurusan harta pusaka "Pendidik Amanah"   dengan QBE Insurance (Malaysia) Bhd., MyKhairat Management Services Sdn. Bhd., MyAngkasa Amanah Berhad.

Rencana Umum

Jangan Lelah Berusaha Cikgu!

Dia mengamuk lagi! Kali ini habis meja dan kerusi yang berhampiran dengannya diterbalikkan. Dihumban beg-beg sekolah milik rakannya berterabur di dalam kelas. Kelas itu sekali lagi menjadi huru hara. Murid-murid lain semuanya telah dikumpulkan di luar bilik darjah. Berkerumun berhampiran dengan guru mereka yang bergenang air mata di koridor bilik darjah. Barangkali mahu menangis kerana sudah putus akal memikirkan kaedah  menenangkan anak ini.

Pendidikan Global

Rohingya Boy Reaches For The Stars

My name is Zaid. I am 16 years old. I am a Rohingya refugee from Myanmar. My mother and I left Myanmar over three years ago when it was no longer safe for us there. We risked our lives to cross the sea in a small rickety boat in order to reach safety.

Rencana Umum

Dorong Murid Menjadi Penulis Muda

Mata pena lebih tajam daripada mata pisau. Begitulah ungkapan yang masih berdiri kukuh dalam mengangkat status bidang penulisan dan nama penulis tanah air. Bidang penulisan bukanlah satu bidang yang baharu tetapi bidang ini telah lama menempa nama dan membuktikan keunggulan ilmu yang dicetuskannya oleh penulis-penulis tempatan di negara ini.

Tetap

Tan Sri Murad Berjaya Tangani Keciciran Pelajar Bumiputera

Nama Tan Sri Murad Mohd Noor memang tidak asing lagi dalam kalangan dunia pendidikan sehingga dianggap sebagai tokoh berjasa dalam menangani masalah keciciran murid Bumiputera di negara ini.

Halaman 1 dari 3

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID