Pendidik Sept 2018
Pena Pengarang

                                                      Sekolah Tempat Lahirkan Atlet Kelas Dunia                                                                                                                                     

Syabas diucapkan kepada kontinjen negara yang menjuarai Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN ke-10. Pencapaian cemerlang atlet tanah air ini disambut penuh kebanggaan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Ini membuktikan sukan mampu merobohkan tembok yang menghalang impian untuk kita bersatu padu demi negara. Rakyat perlu mengekalkan semangat perpaduan dan patriotisme bukan sahaja ketika merayakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September.

Atlet dari sekolahlah tempat lahirnya jaguh-jaguh bertaraf dunia sama ada dalam sukan badminton,skuasy, hoki, dan lain-lain. Lagu Negaraku banyak kali berkumandang megah di gelanggang antarabangsa apabila mereka muncul sebagai juara.

Pada hakikatnya kejayaan atlet negara tidak kekal lama kerana faktor tenaga dan usia. Sebab itu atlet pelapis berusia 14 hingga 18 tahun yang dibekalkan oleh sekolah sekolah dalam kejohanan sukan berprestij adalah penting. Sekolah perlu giat melahir dan mencungkil bakat atlet muda bagi memastikan Malaysia sentiasa berada pada tahap konsisten dan kompetitif dalam Sukan Komanwel Remaja, Sukan Olimpik dan Sukan Asia.

Bidang sukan memerlukan semangat setiakawan dan berpasukan di samping melahirkan lebih ramai atlet yang berwibawa dan mampu bertanding di peringkat antarabangsa.Usaha mencungkil bakat dan melatih atlet perlu dilaksanakan di peringkat awal dan kerana itu sekolah menjadi asas yang terbaik.

Oleh sebab itu dasar 1 Murid 1 Sukan sejak dilaksanakan mulai 2011 adalah usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sukan bukan sahaja dapat mengharumkan nama negara tetapi juga menjadi alat utama perpaduan kerana terbukti bahawa sukan boleh menyatu padukan masyarakat berbilang kaum.

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Menteri Pendidikan dahulu pernah berkata: “Jika setiap tahun kita mampu memberi penilaian terhadap prestasi akademik murid dalam pencapaian mereka, maka sewajarnya kita juga mampu memberi laporan prestasi dalam bidang lain termasuk sukan. Dengan ini, pandangan mengatakan kementerian terlalu menumpu bidang akademik saja dapat disangkal dan ditangani.”

Dalam memajukan sesuatu bidang,memang akan ada halangan. Oleh itu guru perlu bergiat dalam aktiviti kokurikulum dan sukan. Apabila guru bersungguh-sungguh dan menyokong penuh kegiatan sukan peringkat sekolah, ia akan mendorong murid untuk mengambil bahagian.

Zaman ini, dengan aktif bersukan juga boleh menjadi sumber pendapatan, lebih-lebih lagi apabila menjadi jaguh dunia. Oleh itu, kerajaan melalui KPM sentiasa menggalakkan murid aktif dalam sukan yang diminati dengan menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah.

Ibu bapa pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan.

Tetap

Menggamit Nostalgia Safiya

Malam kembali dingin menyaluti tubuh Cikgu Haikal yang masih liat untuk masuk ke kamar. Buku yang bertaburan di meja tulis tidak larat ditatap lagi. Rangka kerja tugasan guru yang baru siap di dada komputer terus-terusan tidak diusik.

uji minda

Uji Minda

Menegak
1. Buah-buahan yang boleh dipetik.
3. Nyawa-nyawa ikan.
5. Butir-butir kecil berwarna-warni.
7. Kawasan takungan air di jalan.
8. Tidak hadir ke kelas dengan
sengaja.
12. Rasa air laut.
13. Upah di atas kerja yang dilakukan.
15. Rasa akar pokok.
16. Dihempap oleh sesuatu.
18. Tumbuhan petai, pegaga, ulam
raja.
20. Tempat untuk belahar berenang.

 

Tetap

Seloka Pengajaran Abad Ke-21

Aduhai guru masa sekarang,
Dituntut dengan pelbagai
pendekatan,
Semua itu memerlukan
kesabaran,
Tiada yang mudah dalam
perjuangan,

Tetap

Puisi:Salut Buat Ayah


Di sinilah bermula
Tatkala bisikan sendu menyapa
sukma
Indah wajah ayah terpancar di sudut
biara
Sayup-sayup puputan pawana
Gemersik dedaunan cemaraTerukir bait-bait nostalgia

Tetap

Puisi:Canggung Anak Petani Usai Menuai Padi


Tika usai ia
Menyangkut uniform ke
jenang
Tenggala dan kepok diladang
Lalu menerima upahan
Daripada pemilik kilang.

Cakna Bahasa

Penulisan Minit Mesyuarat “Antara Amalan dengan Peraturan”

Minit mesyuarat merupakan dokumen rasmi yang merekodkan pelbagai perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat. Penyediaannya perlulah lengkap dan mematuhi format yang telah ditetapkan. Lazimnya, pelbagai sumber akan dirujuk oleh pencatat minit untuk menghasilkan minit mesyuarat yang berkualiti dan dapat dijadikan rujukan.

Kolumnis

Kaedah Penyampaian Maklumat Warkah Sultan al-Jaafar Muazam Syah dari Perak kepada O.Cavenagh

Suatu ketika dahulu, warkah merupakan medium komunikasi utama khususnya antara masyarakat Melayu lama dengan Sultan, pembesar, dan para pengawai Inggeris serta Belanda.Antara aspek yang mengisi sesepucuk warkah ialah politik, sosioekonomi, perdagangan,persahabatan mahupun permohonan bantuan atau pertolongan.

Kolumnis

Rumah Merah Di Atas Bukit:Bahagian 2

“HAH… Azmi minta aku kirim gambar! Mesti dia terus tak mahu berkawan dengan aku bila tengok gambar aku nanti.Aku ini tak cantik,” dengus hatiku. Pada usia remaja seperti itu, rupa paras memang menjadi perkara penting apatah lagi bila berhadapan dengan orang yang berlainan jantina.

 

eksplorasi

Pine Tree & Twin Peak: Tawan Dua Puncak Dalam Sehari

Gunung Pine Tree & Twin Peak merupakan gunung tertinggi di Bukit Fraser dan dikategorikan yang ke-94 tertinggi di Malaysia. Dengan anggaran ketinggian Pine Tree Hill 1,456 meter (4,777kaki) dan Twin Peak 1,505 meter (4,938 kaki), pendakian bagi menawan kedua-dua puncak ini hanya mengambil masa sehari sahaja.

Agama

Insan Berjiwa Merdeka

Setiap tahun pada tanggal 31 Ogos kita menyambut kemerdekaan dan bulan September pula merupakan bulan tertubuhnya sebuah negara Malaysia yang lengkap seperti yang ada sekarang.Sedar tidak sedar kita telah meraikan kemerdekaan Malaysia kali ke-61. Ia merupakan satu jangka waktu yang panjang hingga layaklah untuk kita bermuhasabah dan merenung sejauh mana pemahaman dan penghayatan kita mengenai erti kemerdekaan yang sebenar dalam konteks Islam.

Rencana Umum

Pengajaran Mentor-Mentee Dari Bilik Darjah Ke Tempat Kerja

Program mentor-mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing,memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

sekolah pilihan

SK Convent Kajang Catat Prestasi Akademik Terbaik

Sekolah Kebangsaan Convent (M) yang terletak di Jalan Gereja, Kajang merupakan sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan di bawah Kementerian Pendidikan sejak 2014. SK Convent yang khusus untuk murid perempuan sahaja kini mempunyai 903 murid. Sekolah ini turut dicalonkan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan (AKMP) dan calon Sekolah Berprestasi Tinggi (2015).

Rencana Umum

Sir Zawawi Penuhi Impian Ibu

Pertama kali bertemu dengan guru yang juga pelukis mural hebat ini, Haji Mohamad Zawawi Abu Bakar, 60 sememangnya pasti ramai tidak menyangka dia merupakan seorang guru Bahasa Inggeris. Memiliki raut wajah yang sedikit serius, Zawawi persis seorang guru disiplin yang tegas dengan murid-muridnya. Namun telahan tersebut ternyata salah sama sekali kerana personalitinya yang cukup bersahaja dan ‘sempoi’ membuatkan lelaki ini cukup mudah untuk didekati.

English Section

Strengthening The Quality of Our English Language Teachers

Researches, policy makers and practitioners agree that quality  learning requires effective teachers and teaching.

Kesihatan

Stres Berkaitan Kerja

Kita semua mengalami pasang surut dalam kehidupan. Malahan adalah lumrah untuk kita merasai stres mengenai kerja, terutama apabila terdapat ‘deadline’yang harus kita kejar. Walaubagaimanapun, jika anda mengalami terlalu banyak kerja harian yang membuatkan anda tertekan, atau mempunyai rasa takut untuk pergi kerja, anda sebenarnya sedang  mengalami stres atau tekanan berkaitan kerja.

Halaman 1 dari 2

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID