Ancaman Tekanan Guru Yang Tersembunyi


Histeria murid sekolah di Kelantan,demonstrasi minta tukar pengetua merupakan tajuk utama dalam media pada 19 Julai 2018.

Para guru dan kakitangan sokongan sekolah dikatakan menghadapi tekanan dan tidak gembira dengan pengetua terbabit.Pengetua sama yang menghadapi kontroversi dua tahun lalu diketahui bersikap diktator terhadap komuniti sekolah, sering melemparkan ancaman seperti perpindahan atau memberi penilaian prestasi yang rendah jika arahan beliau tidak dipatuhi.

Kes histeria juga pernah direkodkan di beberapa sekolah di Kelantan pada pertengahan April 2016 disebabkan oleh tekanan,kebimbangan dan kemurungan.

Ujian yang dijalankan oleh pakar-pakar perubatan mendapati pelajar-pelajar itu menjadi mangsa histeria kerana tekanan kronik, kebimbangan dan kemurungan yang serius.

Kesan bahaya yang sering diabaikan yang mengancam kesejahteraan guru adalah tekanan dari pihak pentadbir, dan kebanyakan daripada mereka mengatakan bahawa mengalami risiko tekanan yang tinggi setiap hari walaupun tidak sampai ke tahap menjadi histeris.

Para guru sebenarnya berada pada tahap tekanan yang sama dengan jururawat, dan didapati kedua-dua kumpulan ini melaporkan mengalami tekanan harian yang tinggi. Mereka yang berjawatan doktor dan pengurus perniagaan turut berada dalam kumpulan tertekan.

Tugas guru bukan sahaja mengajar pelajaran akademik tetapi lebih daripada itu. Mereka mengurus bilik darjah, mengawal disiplin murid dan menjaga perkembangan, pertumbuhan dan pembangunan murid dengan cara yang sihat. Mereka juga menyelaras perhubungan dengan orang dewasa yang lain terutama ibu bapa dan menyimpan rekod mengenai apa sahaja yang mereka lakukan.

Guru-guru diharapkan dapat melaksanakan tugas-tugas ini dengan berkesan, termasuklah membantu murid yang menghadapi kesulitan di luar kelas, daripada keperluan am yang tidak perlu disenaraikan hinggalah masalah kesihatan mental. Lebih banyak keperluan pelajar, semakin banyaklah keperluan tambahan tugas guru.

Guru sebenarnya sudah pun menghadapi tahap tekanan kerja yang tinggi, apatah lagi apabila mereka berhadapan dengan pentadbir dan pengawai atasan yang tidak profesional dalam satu-satu tindakan.

Kajian histeria yang pernah dijalankan menunjukkan bahawa mereka yang terkena atau diserang histeria sebenarnya adalah normal dan mempunyai kesihatan mental yang baik, tetapi di bawah tekanan yang luar biasa.

Kesan daripada tekanan yang berlaku ke atas guru bukan sahaja memberi impak yang buruk dan tidak baik kepada guru, tetapi semua orang di sekeliling, terutamanya murid mereka.

Sebagai permulaan, tekanan kronik mencetuskan pelbagai gejala kesihatan fizikal dan mental.Secara fizikal, tekanan melemahkan sistem imun dan meningkatkan kecenderungan terdedah kepada serangan penyakit.Tekanan juga memburukkan dan menambah lagi kesakitan dan mengurangkan stamina fizikal.

Tekanan berpanjangan boleh meningkatkan risiko keletihan kronik,penyakit jantung dan penyakit lain.Tekanan juga boleh mengurangkan stamina mental.

Gejala-gejala umum termasuk keresahan, perubahan mood dan keletihan, yang mungkin menjadi kemurungan, kebimbangan dan kualiti kehidupan yang lebih rendah.

Gejala-gejala ini telah dikenalpastioleh guru yang mengalami tekanantinggi. Akibatnya, bagaimanapun,tidak berhenti dengan guru.

Tekanan kronik juga boleh memberi kesan kepada prestasi kerja guru. Guru yang kurang sihat serta tidak mempunyai semangat serta keupayaan untuk mengajar dan akan sering tidak sihat dan sakit.Semakin tinggi rekod ketidakhadiran guru untuk bertugas, maka semakin sedikit masa yang digunakan atau ditumpukan untuk murid-murid mereka.

Ketidakhadiran guru yang berlebihan mengganggu aliran proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan tingkah laku dan hubungan dengan murid.Penyelidikan telah mengesahkan bahawa ketidakhadiran guru yang berlebihan dikaitkan dengan pencapaian murid.

Tiada rekod yang dicatatkan terhadap guru yang meninggalkan profesion di Malaysia akibat tekanan kerja. Tetapi di negara lain hampir separuh daripada guru baharu meninggalkan profesion guru dalam tempoh lima tahun pertama berkhidmat.

Laporan juga menunjukkan separuh daripada guru yang berhenti meninggalkan profesion dalam tempoh lima tahun, tidak dapat menyesuaikan diri kerana mengalami tekanan dan tidak dapat mengurus atau menangani tekanan yang dihadapi.

Penyelidikan menunjukkan bahawa penglibatan aktif gurudan hubungan guru-murid yang positif menghasilkan pencapaian murid yang tinggi. Begitu juga,tanpa penglibatan aktif, guru tidak boleh berhubung dengan murid dan mengajar mereka dengan berkesan.

Pentadbir sekolah boleh membantu mengurangkan tekanan ke atas pendidik dengan membangunkan dan membina peraturan dan syarat kerja yang menyokong para guru. Sesiapa sahaja akan merasa tidak tertekan dan memberi sepenuh tumpuan dan komitmen untuk bekerja dengan baik di bawah keadaan kerja yang menyeronokkan.

Keadaan kerja yang membawa kepada pengisian bermakna mempengaruhi tumpuan terhadap kerja utama termasuk sokongan daripada mereka yang berwibawa. Dalam erti kata lain,guru memerlukan pentadbir yang dapat memberikan kritikan yang membina untuk bergerak maju dalam pelaksanaan tugasnya.

Pihak pentadbir dan institusi juga boleh membantu mengurangkan tekanan guru dengan menggalakkan interaksi guru-murid yang berkesan.Satu cara untuk mencapai matlamat ini adalah dengan menggunakan strategi yang memberi ganjaran kepada tingkah laku murid yang positif.

Guru perlu menggunakan strategi positif pada persekolahan asas untuk menyokong pengalaman tingkah laku murid yang jauh lebih rendah tahap tekanan mereka.

Dalam erti kata lain, guru harus memuji murid untuk melakukan yang betul lima kali lebih kerap dan memberi peluang keistimewaan berbanding memarahi mereka kerana melakukan sesuatu kesilapan atau kesalahan.

Guru juga perlu memastikan yang mereka dapat menjaga hati dan perasaan orang lain. Jika guru tidak menjaga diri mereka dengan baik,guru akan kehilangan keupayaan untuk menjaga orang lain.

Memandangkan tuntutan mengajar, mungkin mudah bagi guru untuk meletakkan keperluan mereka sendiri. Pelan penjagaan diri yang komprehensif boleh membantu guru mengenal pasti tanda-tanda tekanan dan meningkatkan kemahiran pengurusan tekanan mereka.

Contoh strategi mengurangkan tekanan adalah seperti yoga,senaman dan meditasi kesedaran.Yoga dan senaman memerlukan tenaga fizikal dan mempunyai manfaat di luar kecergasan fizikal.

Kedua-duanya juga mencetuskan hormon yang melegakan tekanan dan dikaitkan dengan fokus mental dan mood yang lebih baik. Tiada kemahiran khusus yang diperlukan untuk meditasi kesedaran. Walaupun beberapa minit amalan dilakukan setiap hari, faedah yang diperolehi termasuklah peningkatan kesedaran diri, tumpuan mental dan peraturan pengawalan emosi.

PENULIS ialah pendidikdan berkhidmat di InstitutPendidikan Guru Kampus BahasaAntarabangsa, Kuala Lumpur.