Harapan Taman Asuhan Di Estet


Seawal 5 pagi, loceng kuil berdenting-denting berbunyi. Sekawan anjing terbangun lantas menyalak-nyalak menenggelamkan kokokan ayam hutan yang tadinya riuh bersahut-sahutan.Rintik-rintik hujan menambahkan lagi kedinginan subuh. Deruan angin bukit menyemarakkan bunyi gemersik daun-daun getah kering yang bertaburan di bumi disulami dengan desiran pelepah-pelepah sawit.

Serentak itu bergetaran keras bunyi enjin genset sekali gus lampu-lampu terpasang dan sekelip mata keadaan menjadi riuh-rendah dengan pelbagai latarbelakang bunyi dan suara daripada ibu yang berleter sehinggalah sedu tangis anak-anak yang terpaksa bangun disentap dari mimpi yang penuh dengan gelak ketawa yang menyeronokkan.

Golongan dewasa lelaki dan perempuan terkocoh-kocoh bingkas bersiap untuk segera berbaris roll call yang menjadi rutin sejak sekian lama. Masing-masing memendam rasa berharap berbaur takut kepada mandur, kerani dan Tuan Kecil yang ada kalanya begitu bengis menanti.Begitulah bermulanya kehidupan di linesite estet.

Kehidupan estet di Tanah Melayu bermula apabila British memperkenalkan ladang getah pada awal tahun 1900-an. Padatahun 1929 sudah terdapat 258,000 pekerja ladang di Tanah Melayu.Sehingga kini pertanian masih menjadi satu daripada sektor penting ekonomi Malaysia.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan