Persidangan Sekolah Amanah Tahun 2018 Transformasi Melangkaui Sempadan


 

Persidangan Sekolah Amanah merupakan platform untuk berkongsi idea dan pengalaman antara komuniti dan pihak berkepentingan dalam rangkaian Sekolah Amanah. Persidangan itu telah dianjurkan mulai tahun 2012, Persidangan Sekolah Amanah tahun 2018 merupakan persidangan kali keenam dengan matlamat untuk melangkaui pembelajaran dan perkongsian pengetahuan dalam kalangan komuniti program Sekolah Amanah.

Matlamat utama Persidangan Sekolah Amanah pada tahun ini adalah untuk menambah baik sistem penyampaian pendidikan dan pengupayaan kapasiti dalam kalangan 83 buah Sekolah Amanah,Jabatan Pendidikan Negeri(JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Ia juga bertujuan mewujudkan peluang dan platform pembelajaran kepada komuniti Sekolah Amanah berdasarkan amalan terbaik dari Finland dalam bidang inovatif. Objektif lainnya juga adalah untuk membina rangkaian yang lebih baik dalam kalangan Sekolah Amanah,komuniti dan pihak berkepentingan yang lain (stakeholders).

Persidangan kali ini dengan tema ‘Transformasi Melangkaui Sempadan’ (Transformation Beyond Borders) telah menjemput EduCluster Finland iaitu pembekal perkhidmatan pendidikan yang berpangkalan di Finland. Delegasi yang terdiri daripada 12 orang pakar pendidikan Finland ini telah memberi pendedahan kemahiran penyampaian pendidikan melalui enam sesi bengkel dengan tajuk-tajuk berikut:

• Experiential Learning Methodsin Classroom (primary)

• Innovative Practices in Formative Assessment(primary)

• Individualisation of Learning(primary)

• Student-Centred Approachto Teaching and Learning(secondary)

• Collaborative Learning(secondary)

• Phenomenin-Based Approachto Teaching and Learning(secondary)

Social Business Challenge merupakan pertandingan yang terbuka kepada 32 buah sekolah menengah dalam kalangan Sekolah Amanah. Ia merupakan pertandingan yang menggalakkan pelibatan murid dalam projek sosial yang memberi impak positif kepada komuniti setempat. Pertandingan ini merupakan satu pertandingan kerjasama antara Yayasan AMIR dan myHarapan, sebuah badan bukan berasaskan keuntungan. Tiga buah sekolah telah terpilih ke peringkat akhir :

i. Projek X-Collamunity –Program Pendidikan Khas Integrasi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah dipilih memenangi tempat pertama dan menerima hadiah wang tunai RM3,000.

ii. Sekolah MenengahKebangsaan Pengkalan Berangan pemenang di tempat kedua menerima hadiah RM2,000 dengan tajuk projek Penyebaran Pembelajaran Abad 21 (PAK21) dan Program Sekolah Amanah kepada Pelajar dan Komuniti melalui Student Young Leader (SYLead).

iii. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi dengan tajuk Believe Foundation menerima RM1,000sebagai pemenang tempat ketiga.

Persidangan ini memperkukuhkan jaringan Sekolah Amanah merentasi kluster dan negeri.Jaringan ini termasuk peluang murid-murid Sekolah Amanah berinteraksi dengan rakan-rakan dari Sekolah Amanah yang lain.Sebanyak sepuluh buah tapak pameran yang dikendalikan oleh murid dari sepuluh buah Sekolah Amanah dari sepuluh buah negeri memberi peluang kepada murid menunjukkan kebolehan mereka memberi penerangan kepada peserta persidangan Sekolah Amanah berkenaan serta budaya disetiap negeri yang mereka wakili.

Murid juga diberi peluang dengan aktiviti kepimpinan dan drama yang dapat membina keyakinan diri dan disiplin. Program murid - drama dan kepimpinan diadakan bersama-sama pelakon popuar tanah air iaitu Fauziah Nawi, Vanidah Imran dan Farah Ahmad.

Atur cara program untuk pegawai dari JPN dan PPD ialah sesi lawatan ke dua buah Sekolah Amanah iaitu SK Tabuan dan SMK Seri Setia serta sesi perkongsian pengalaman JPN dan PPD di Sekolah Amanah selain perancangan pelan tindakan untuk kelestarian Sekolah Amanah.

Atur cara sepanjang persidangan:

30 Julai 2018 (Isnin)

1. Perasmian oleh Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan

2. Moderated Forum 1-Transformation BeyondBorders

3. Persembahan murid SKTabuan

4. Moderated Forum 2-From Helsinki to Kuching:Pengenalan bengkel oleh delegasi dari Finland

5. Sesi:

• LE bersama-sama AdvisoryTeacher dan Middle Leader

• Tea session bersamaPengetua/ Guru Besar

• Program murid- pengenalandan ice breaking

31 Julai 2018 (Selasa)

Sesi Selari :

• Bengkel pembangunan kapasiti bersama-sama Pengetua/Guru Besar dibahagikan kepada 6 bengkel disampaikan oleh delegasi dari Finland

• Lawatan ke sekolah Amanaholeh peserta dari JPN dan PPD di sesi pagi, sesi petang diteruskan di Bilik Rafflesia bersama-sama Puan Shahrunizar dari BPSH,Datin Nurlida dan VanessaMary Geswindt dari LeapEdServices Sdn Bhd ( GPSAOverview Action Plan Review)

• Program murid - drama dan kepimpinan bersama-sama Fauziah Nawi, Vanidah Imran dan Farah Ahmad.

01 Ogos 2018 (Rabu)

1. Persembahan murid SK

2. Moderated Forum 3:Tranformasi Meletopz-Transformation of needs and wants and more

3. Rumusan Persidangan oleh Cik Shahnaz Al Sadat,Pengarah Urusan Leap EdServices Sdn Bhd

4. Closing remarks oleh YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad RajaTun Uda, Pengerusi Yayasan AMIR

5. Ucapan penutupan oleh Encik Shaari bin Osman,Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

6. Penyampaian hadiah untukPiala YA- Social BusinessChallenge 2018.

 

Artikel ini kiriman Unit Program Pelibatan Swasta dan Program Sekolah Amanah,Sektor Pengoperasian Dasar dan Keurusetiaan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,Kementerian Pendidikan Malaysia.