Transformasi Pendidikan Orang Asli


Aspek pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sesebuah negara kerana sektor pendidikan bertindak sebagai penyumbang utama kepada pembangunan modal insan serta ekonomi.

Sistem pendidikan sedia ada bertindak sebagai tunjang pembangunan negara dan ia menyediakan ilmu pengetahuandan kemahiran kepada generasi kini tidak terkecuali sebelumnya bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara.

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan semua kanak-kanak di negara ini yang memasuki alam persekolahan berpeluang mengikuti pendidikan awal tanpa mengira status sosio ekonomi mereka.

Tidak terkecuali, masyarakat Orang Asli dan Peribumi dalam memastikan golongan ini menerima pendidikan berkualiti yang relevan dengan keperluan mereka.

Di Malaysia, terdapat tiga kumpulan besar Orang Asli iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto.Mereka ini termasuk masyarakat Peribumi terdiri daripada pelbagaietnik, latar belakang, budaya sertabahasa.

Bagaimanapun, penyediaan pendidikan yang memenuhikeperluan masyarakat OrangAsli dan anak-anak Peribumimerupakan cabaran yang sangatberbeza berbanding menyediakanpendidikan kepada murid arusperdana di kawasan bandar.

Namun, Kementerian PendidikanMalaysia (KPM) telah menyediakansatu intervensi khusus bagimemastikan kumpulan minorititersebut tidak tercicir dalammenikmati kemudahan aksespendidikan yang disediakan.

Inisiatif #57 Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi

Menurut Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Komuniti dan Orang Asli, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM, Salwana Silaluddin, intervensi tersebut dilaksanakan di bawah inisiatif #57 Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi seperti yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025

“PPPM 2013-2025 merupakan satu asas atau panduan kepada sistem pendidikan di Malaysia yang bersifat holistik.

“Pelan ini berpegang kepada tiga objektif iaitu memahami prestasi dan cabaran semasa pendidikan Malaysia, mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan serta menggaris transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam kementerian,” ujarnya ketika ditemui Majalah Pendidik baru-baru ini.

Jelasnya, BPSH menjadi peneraju dalam KPM bagi menjayakan inisiatif tersebut dengan pelbagai program dilaksanakan dalam usaha membantu meningkatkan tahap pendidikan Orang Asli serta Peribumi.Selain BPSH, bahagian-bahagian lain di kementerian ini turut terlibat sebagai Pegawai Alur Kerja(Work Stream Leader, WSL) bagi merealisasikan inisiatif berkenaan.

Program KEDAP,KAP, PIKAP

Menyedari pembelajaran adalah proses sepanjang hayat, KPM telah meneruskan Program Kelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi (KEDAP).

Salwana berkata, KEDAP telah dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira (3M)khusus kepada ibu bapa masyarakat Orang Asli dan Peribumi,” ujarnya.

“KEDAP bermanfaat kepada ibu bapa untuk membantu membimbing anak-anak mengulangkaji pelajaran di rumah kerana penglibatan ibu bapa menyokong pembelajaran murid menjadi antara faktor yang mempengaruhi peningkatan pencapaian murid disekolah,” ujarnya.

Program KEDAP diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM3.5juta yang melibatkan 1,825 orang peserta di 71 buah sekolah pada tahun 2017.Dalam pada itu, kehadiran kesekolah kekal menjadi satu daripada cabaran utama untuk meningkatkan prestasi pencapaian murid Orang Asli.

Kementerian telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang memberi impak kepada peningkatan kehadiran murid ke sekolah.

Ujar Salwana, antara kaedah yang digunakan adalah pelaksanaan program pemerkasaan kehadiran,program kerjasama dengan Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) dan mengoptimumkan keupayaan Tok Batin sebagai orang yang mempunyai pengaruh untuk memujuk ibu bapa Orang Asli supaya menghantar anak kesekolah.

Majlis sambutan Hari orang asli Peringkat sekolah kebangsaan bukit lanjan (asli).

Salwana silaluddin,Penolong Pengarah unit Pengurusan komuniti dan orang asli, bahagian sekolah Harian (BPSH) KPM.

 

Murid-murid orang asli fokus dalam kelas bahasa Inggeris.

“Data terkini murid Orang Asli seluruh negara yang diperoleh daripada Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) menunjukkan terdapat sejumlah 25,796 murid kaum ini di sekolah kebangsaan (SK).

“Ia menunjukkan statistik peningkatan enrolmen murid Orang Asli setiap tahun dengan keseluruhan 98 buah sekolah Orang Asli terdapat di Semenanjung dan lapan buah sekolah Peribumi Sabah (Dusun Bonggi) dan Sarawak(Penan),” jelasnya.

Perkongsian pintar dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli(Jakoa) turut dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan pelbagai program intervensi.

Peratus kehadiran murid di Sekolah Orang Asli juga menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dengan 79.1peratus (%) pada 2015 kepada 86.3%(2016) dan 87.3% (2017).

Kementerian juga telah menjenamakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah Murid Orang Asli dan Penan (KAP) sebagai Program Intervensi Khas Murid Orang Asli dan Peribumi (PIKAP).

Sambutan Hari Orang Asal

Sambutan Hari Orang Asal Sedunia kali pertama diputuskan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 23 Disember 1994.

Tarikh sambutan pada 9 Ogos setiap tahun itu ditetapkan bagi memperingati tarikh kali pertama Mesyuarat Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung Sambutan Hari Orang Asal dilaksanakan.

Dalam konteks Malaysia,sambutan Hari Orang Asal telah pun dilaksanakan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) iaitu Jaringan Orang Asal SeMalaysia yang melibatkan Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan Anak Negeri di Sabah serta Sarawak tetapi belum diiktiraf dan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan.

Menurut Salwana, berdasarkan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 18 Julai 2018, diputuskan adalah wajar pihak KPM turut mengadakan sambutan Hari Orang Asal diperingkat sekolah bermula tahun ini.

“Ia adalah seperti mana arahan surat makluman yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) KPM.700/2/1/20jld.7(32) bertarikh 26 Julai 2018.

“Majlis Sambutan Hari Orang Asal peringkat Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan (Asli) telah disambut pada 9 Ogos 2018 lalu.

“Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap sumbangan masyarakat Orang Asli kepada pembangunan negara selain merapatkan jurang yang sedia ada,”jelasnya.

Saliza bersama dengan murid-murid dan hasil ciptaan inovasinya.

{/mprestriction}