Seloka Pengajaran Abad Ke-21



Aduhai guru masa sekarang,
Dituntut dengan pelbagai
pendekatan,
Semua itu memerlukan
kesabaran,
Tiada yang mudah dalam
perjuangan,
Ada persediaan diperlukan,
Walaupun masa cukupnya tiada,
Kerana kita hanya manusia biasa,
Yang tak lari dari lalai lupa,
Juga ada tanggungjawab
keluarga,
Namun itu semua cabaran,
Dalam membentuk satu
gandingan,
Guru perlu sentiasa ke depan,
Sentiasa bersedia sebarang
kemungkinan,
PAK 21 yang diimpikan,
Semuanya demi sebuah
pengajaran,
Aduhai cikgu insan positif,
Tak lekang dengan segala
inovatif,
Walaupun pedalaman kurang
efektif,
Akibat kemudahan begitu
minima,
Dalam mencorak defi nisi masa,
Menuntut pengajaran Abad 21
pada semua,
Agar murid dapat terima,
Konsep pengajaran selari zaman,
Satu wawasan menuju sebuah
pencapaian.


MOHAMAD HASBI BOLHASSAN
Sk Kg. Bruit, Daro, Sarawak