Puisi:Salut Buat Ayah



Di sinilah bermula
Tatkala bisikan sendu menyapa
sukma
Indah wajah ayah terpancar di sudut
biara
Sayup-sayup puputan pawana
Gemersik dedaunan cemaraTerukir bait-bait nostalgia


Tiada rengus tanpa bicara
Tiada bekam merekam jiwa
Dalam rekam menagih tabah nyata
Dalam tabah mengagahi tegas
segala
Dalam tegas tuntun bersusila
Dalam tuntun kejayaan terserlah
jua


Penat-lelah tiada terkeluh kira
Ungkapan kata penuh hikmah
bermakna
Segala ngilu ditatang penuh
bijaksana
Pahit-maung kendiri terbungkam
rahsia


Kini,
Segala asuhan ketenangan tersisip
di lubuk sana
Hanya khazanah tinggalan diwarisi
semua
Jasa dan kebaktian berlabuh di
angin senja
Kerana beliau sudah pergi untuk
selama-lamanya.


OUI SAL,
Tanah Merah, Kelantan