Puisi:Canggung Anak Petani Usai Menuai Padi



Tika usai ia
Menyangkut uniform ke
jenang
Tenggala dan kepok diladang
Lalu menerima upahan
Daripada pemilik kilang.


Mengira-ngira ia akan
Hasil panen yang lumayan
Tersenyum sebentar mengundang mekar
Di hujung sinar.


Datang bertanya anak-
anaknya
Akan janji-janji mulus
Yang sering diutus:
‘Nanti ayah akan belikan
gerek baru
Dan ganti baju serta sepatu
Sempena tahun baharu’.


Petani itu menghitung
Berapa lagi tinggal untung
Setelah dicongak keringat yang tumpah
Sewa Kubota serta tuan
tanah
(tidak lupa hutang kepada
anak-anaknya).


Lalu berkatalah dia;
Adalah untuk makan
sekeluarga
Sekotak rokok daun buatan
sendiri
Dan seutas mimpi untuk
sang isteri.


S AMIR ON
Permatang Yan, Kedah