Insan Berjiwa Merdeka


Setiap tahun pada tanggal 31 Ogos kita menyambut kemerdekaan dan bulan September pula merupakan bulan tertubuhnya sebuah negara Malaysia yang lengkap seperti yang ada sekarang.Sedar tidak sedar kita telah meraikan kemerdekaan Malaysia kali ke-61. Ia merupakan satu jangka waktu yang panjang hingga layaklah untuk kita bermuhasabah dan merenung sejauh mana pemahaman dan penghayatan kita mengenai erti kemerdekaan yang sebenar dalam konteks Islam.

Adakah kemerdekaan yang diraikan saban tahun benar-benar menepati erti kemerdekaan dari kaca mata Islam atau sebenarnya kita sudah jauh tersasar daripada garis panduan Islam dalam menghayati erti sebuah kemerdekaan.

Lumrahnya masyarakat hari ini memandang kemerdekaan sebagai kebebasan daripada penjajah asing.Apabila penjajah meninggalkan sesebuah negara, kita beranggapan bahawa negara sudah merdeka.Sayangnya, ramai yang terlupa kesan peninggalan mereka yang mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan khususnya aspek pemikiran dan akhlak di mana budaya penjajah adalah berbeza dengan budaya Islam.

Apakah yang dimaksudkan dengan kemerdekaan dalam Islam? Apakah ciri-ciri insan berjiwa merdeka menurut pandangan al-Quran dan bagaimana sepatutnya ia diraikan?

ISLAM DAN KEMERDEKAAN

Kemerdekaan dan kebebasan yang dibawa dalam Islam bukanlah Setiap tahun pada tanggal 31 Ogos kita menyambut kemerdekaan dan bulan September pula merupakan bulan tertubuhnya sebuah negara Malaysia yang lengkap seperti yang ada sekarang.Sedar tidak sedar kita telah meraikan kemerdekaan Malaysia kali ke-61. Ia merupakan satu jangka waktu yang panjang hingga layaklah untuk kita bermuhasabah dan merenung sejauh mana pemahaman dan penghayatan kita mengenai erti kemerdekaan yang sebenar dalam konteks Islam.bersifat mutlak tanpa sebarang ikatan kerana kemerdekaan sebegini pasti merosakkan. Kemerdekaan dalam Islam mestilah berlandaskan ajaran Quran dan sunnah. Allah SWT telah menggariskan panduan dan kewajipan mengikutinya. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari syurga itu!Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yangmengikuti petunjuk-Ku itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (38) Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli Neraka, mereka kekal didalamnya”. (QS al-Baqarah: 38-39).