Unity Ribbon Perpaduan:Projek57 sasar sejuta reben perpaduan sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2018.


Saiznya kecil, namun simpulan istimewa berjalur merah putih itu membawa mesej yang begitu signifikan dalam membawa identiti negara tercinta, Malaysia.

Perasaan bangga yang menjalar saat hasil air tangan istimewa itu disemat ke dada sukar untuk digambarkan dengan kata-kata,tanda bangga menjadi warganya.

Komited dalam usaha untuk terus memurnikan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia,pertubuhan bukan kerajaan (NGO),Projek57 tahun ini tampil dengan kempen baharu iaitu projek reben perpaduan (Unity Ribbon).

Jika tahun lalu mereka berkayuh merentas segenap pelosok negara melalui projek Unity Ride, kali ini Projek57 menyasarkan penghasilan serta pemakaian sebanyak sejuta Unity Ribbon bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2018.

Bengkel Unity Ribbon menyatukan pelbagai bangsa dan kaum.

Syed Saddiq albar dan collin Swee, Pengasas bersama Projek57.

Selaras dengan dasar penubuhan Projek57 yang bermatlamat membina perpaduan dan harapan, Unity Ribbon merupakan ‘produk ganding bahu’berbilang masyarakat di negara bertuah ini terutama dalam kalangan Malaysia.Projek57 sasar sejuta reben perpaduan sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2018.belia.

Pengasas bersama Projek57, Syed Sadiq Albar dan Collin Swee menggunakan platform berkenaan untuk mengajak masyarakat Malaysia untuk kekal bersatu padu tanpa mengira fahaman serta kepercayaan masing-masing.

Menurut Syed Saddiq,reben berkenaan dihasilkan oleh pelbagai golongan antaranya remaja daripada komuniti Orang Asli, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), murid sekolah serta para sukarelawan.

Syed Saddiq menunjukkan cara yang betul melipat Unity Ribbon kepada murid orang asli sambil diperhatikan oleh collin.

 “Kempen ini juga secara tidak langsung sebagai simbol harapan untuk masa depan negara.

“Signifikan pemakaian Unity Ribbon ini adalah bagi menzahirkan rasa bangga kita menjadi anak Malaysia dengan kepelbagaian yang unik, penerimaan budaya, kemajuan yang dikecapi selain sifat toleransi yang diamalkan.

“Kempen ini juga secara tidak langsung sebagai simbol harapan untuk masa depan negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui majalah pendidik pada salah satu bengkel Unity Ribbon yang diadakan dengan kerjasama sebuah lagi NGO, SOLS 24/7. Bengkel tersebut diadakan di SOLS 24/7 Youth Development Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dengan menampilkan jalur berwarna biru terang bagi melengkapkan spektrum warna yang diilhamkan daripada Jalur Gemilang,reka bentuk reben berkenaan turut memahatkan imej ikon Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman sebagai sentuhan istimewa.

Collin pula menjelaskan, tujuan imej ikon itu adalah bagi terus mengenang jasa dan pengorbanan Perdana Menteri Malaysia pertama itu yang telah bersusah payah mengepalai perjuangan bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.

“Apa yang kita lakukan ini bukan sahaja diharap dapat memberi makna yang besar kepada individu,bahkan kepada bangsa kita sendiri,”kata Collin.

Salah sebuah kumpulan yang terlibat dalam Bengkel Unity Ribbon menerangkan mengenai lukisan yang dihasilkan mereka.

Selain mempromosi perpaduan,kempen Unity Ribbon juga bertindak sebagai serampang dua mata dalam menyalurkan manfaat kepada mereka yang terlibat.

Setiap reben dihasilkan dijual kepada orang ramai pada harga RM2.50 setiap satu dengan 50sen daripadanya disumbangkan sebagai upah untuk golongan kurang bernasib baik yang telah menyumbang keringat mereka untuk menzahirkannya.“Ini secara tidak langsung dapat memberi mereka pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan seharian.“Kita juga turut menyalurkan hasil jualan yang diperoleh bagi mengisi tabung pendidikan serta pemberdayaan masyarakat Orang Asli di negara ini,” tambah Collin.Reben-reben berkenaan boleh dibeli menerusi rakan korporat strategik Projek57 iaitu di rangkaian myNeWs.com, CZipLee@bangsar,Jaya Grocer, Nando’s peri-periChicken, Just heavenly@bangsarshopping Centre, A slice Heaven@Citta mall atau melalui laman web,www.projek57.com/product/unityribbon.