Pertandingan Boria Pendidikan Khas


Pementasan boria merupakan satu kesenian warisan yang amat popular di negeri utara tanah air, Pulau Pinang.

Kombinasi persembahan sketsa serta nyanyian yang diketuai seorang tukang karang mampu membangkitakan suasana ceria selain mengundang hilai tawa buat sesiapa sahaja yang menontonnya.

Melalui boria, unsur lakonan,lawak jenaka, nyanyian, tarian serta muzik digarap indah lalu menghasilkan sebuah persembahan dengan struktur yang istimewa.

Abdul Aziz Md Hashim (tujuh dari kiri) bergambar bersama penyelaras dan urus setia yang terlibat dalam Pertandingan citra khas Boria Zon Pudu Bangsar.

Johan kategori Sekolah menengah, Smk desa Petaling.

Johan kategori Sekolah rendah,Sk Taman midah 2.

Secara tidak langsung, ia dapat memberi peluang kepada anak-anak ini membuat persembahan diluar, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka ketika berhadapan khalayak umum,

Dengan matlamat memastikan persembahan warisan budaya ini tidak terus lenyap ditelan dek zaman, Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaaan (SK) Seri Permaisuri, Kuala Lumpur mengambil inisiatif menganjurkan sebuah pertandingan boria baru-baru ini.

Istimewanya, Pertandingan Citra Khas Boria Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Zon Bangsar dan Pudu itu menampilkan murid-murid pendidikan khas daripada lapan buah sekolah rendah dan dua sekolah menengah sekitar Zon Bangsar dan Pudu.

Penyelaras program, Siti Nurizwani Jasni berkata, acara tersebut merupakan yang pertama seumpamanya dianjurkan bagi peringkat Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) Bangsar Pudu. Pertandingan tersebut diadakan di pusat beli belah Sunway Velocity, Cheras,Kuala Lumpur.

Tukang Karang Terbaik dari SMK Desa Petaling.

“Selain terus mempromosi warisan boria, tujuan lainnya adalah untuk memberi pendedahan kepada orang luar mengenai bakat istimewa yang ada pada murid-murid pendidikan khas ini.

“Secara tidak langsung, ia dapat memberi peluang kepada anak-anak ini membuat persembahan di luar, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka ketika berhadapan khalayak umum,”ujarnya ketika ditemui Majalah Pendidik.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdul Aziz Md Hashim dan turut dihadiri oleh Guru Besar SK Seri Permaisuri,Nadzaruddin Kasim.

Tambah Siti Nurizwani,penganjuran pertandingan tersebut mendapat kerjasama banyak pihak termasuk daripada pihak Jabatan Warisan Negara yang menghantar tiga wakil sebagai panel hakim.

“Antara elemen yang dinilai adalah dari segi koreografi dan persembahan, keseragaman muzik dan pergerakan, lagu dan lirik,penggunaan ruang pentas, kostum,tatarias, props dan lain-lain lagi.

“Saya berharap, pertandingan ini dapat dijadikan sebagai satu acara tahunan pada masa akan datang selain mendapat kerjasama yang lebih meluas daripada banyak pihak,” katanya.

Jelas Siti Nurizwani lagi,pertandingan sedemikian banyak memberi pengalaman dan pendedahan kepada murid pendidikan khas dan guru pula berupaya untuk mengasah bakat mereka untuk pergi jauh dalam cabang seni suatu hari nanti.

Senarai Pemenang

Kategori Sekolah Rendah

Johan:Sk Taman Midah 2

Naib Johan:Sk Taman Maluri

Ketiga:Sk Taman Tun Dr.Is mail 2

Kategori Sekolah Menengah

Johan:Smk Desa Petaling

Naib Johan:Smk Seri Tasik

Kerjasama KumpulanTerbaik:

Sk Taman Tun Dr.Ismail 2

Kostum,Tatarias Dan Props Terbaik :

Sk Taman Midah 2

Tukang Karang Terbaik :

Smk Desa Petaling

Selain SK Seri Permaisuri, sekolah lain yang mengambil bahagian ialah SK Desa Petaling, SK Desa Tasik,SK Seri Indah, SK Taman Maluri, SK Taman Midah 2, SK Salak South,SK Taman Tun Dr. Ismail 2, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Petaling dan SMK Seri Tasik.Para pemenang menerima hadiah berupa wang tunai serta hamper.