Bahaya Penyedut Minuman (Straw) Plastik


Kempen anti penyedut minuman (straw) plastik semakin lantang dilaungkan. Setelah Starbucks dan KFC, kini banyak restoran tidak lagi menyediakan penyedut plastik. Laporan yang dipetik daripada Times of India mendedahkan penyedut plastik dianggap berbahaya pada kesihatan.

Kerosakan gigi

Ketika anda menyedut minuman bergula atau masam,penyedut plastik bertindak seperti pengantara. Dengan demikian,cairan minuman hanya menyentuh kawasan tertentu pada gigi sehingga menyebabkan kerosakan permukaan gigi.

Gas dan kembung perut

Gas atau angin didalam perut biasanya membuat anda berasa tidak selesa.Jika anda menghisap melalui penyedut,udara akan turut masuk ke dalam perut bersama air yang anda minum. Ini menyebabkan udara masuk ketempat pencernaan dan menyebabkan kembung perut serta berangin.

Mengambil lebih banyak minuman

Menghirup minuman menggunakan penyedut membuat anda menelan lebih cepat daripada minum menggunakan mulut. Ketika seseorang menyedut minuman melalui penyedut,mereka hilang ketepatan jangkaan jumlah cairan yang diminum.Oleh sebab itu, anda lebih mudah mengambil gula atau alkohol berlebihan ketika minum menggunakan penyedut.

Penyedut minuman plastik yang diperbuat daripada bahan kimia boleh memendap bahan toksik dalam cairan ketika disedut.

Kimia

Penyedut (straw) diperbuat terutama daripada polypropylene iaitu daripada bahan minyak mentah dan ketika anda mengisap cairan melalui penyedut maka tubuh anda berhadapan dengan bahan kimia. Polypropylebe meskipun dalam jumlah tertentu dianggap selamat oleh Persatuan Makanan Persekutuan Amerika,namun telah terbukti ia memendap bahan kimia dalam cairan yang anda minum.Bahan kimia ini merugikan kesihatan dan boleh mempengaruhi hormon anda, terutama estrogen. Larutan bahan kimia lebih tinggi ketika anda menghirup pada waktu cuaca panas dan minuman daripada jenis masam.