Syabas Atlet Sukan Sekolah Asean Ke-10


Memasuki tahun ke-10 penganjuran, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN atau ASEAN School Games (ASG) selepas berjaya menganjurkan ASG edisi kedua pada tahun 2010.

Berlangsung pada 19 hingga 27 Julai 2018, Shah Alam dan Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi berlangsung pertandingan.Sebanyak 11 jenis sukan yang dipertandingkan, tujuh sukan telah berlangsung di Shah Alam dan empat sukan lagi di Kuala Lumpur.

Dr.Maszlee Rasmi ASG 2018

Majlis perasmian ASG 2018 telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malek di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Kejohanan ASG kali ini mengangkat tema ‘Unity through sports’ di mana sukan dilihat dapat menghubungkan perpaduan dalam kalangan negara ASEAN, khasnya di peringkat sekolah menengah walaupun mereka perlu bersaing sesama sendiri.

Berucap dalam majlis tersebut,Maszlee berharap atlet murid menggunakan ASG sebagai platform untuk cemerlang dalam sukan masing-masing, dapat menyemai nilai-nilai kesukanan,bersaing dengan hormat,memperlihatkan kerja pasukan dan mengembangkan kemahiran kepimpinan.

Katanya, beliau percaya bahawa murid mampu untuk menjadi juara pada masa akan datang jika setiap daripada mereka mempunyai 3D iaitu Determination (keazaman),Discipline (tatatertib) dan Dedication(dedikasi).

“Malaysia perlu buktikan yangkita mampu memberi saingan dalam pentas dunia. Saya berharap lebih ramai atlet bertaraf dunia dapat dilahirkan menerusi legasi ASG seperti Goh Jin Wei dari Malaysia (badminton),Joseph Schooling dari Singapura(renang) dan Jonathan Christie dari Indonesia (badminton)”, ucap Maszlee di hadapan 1,131 atlet murid yang mengambil bahagian dalam ASG 2018.

Acara perasmian edisi kali ini memperlihatkan sedikit kelainan.Jika kebiasaannya tradisi perarakan perasmian dimulakan dengan anggota kontinjen akan berbaris masuk mengikut negara,namun kali ini mereka berbaris masuk mengikut jenis sukan yang disertai. Inilah mesej tersirat yang disampaikan dan melalui ASG kesepaduan antara negara ASEAN dapat dibina.

Johan Keseluruhan Buat Kali Ketiga

Kejohanan ASG bagi edisi pertama melihat Thailand selaku tuan rumah dengan penglibatan lima buah negara ASEAN sahaja. Kini, jumlah negara yang mengambil bahagian dalam ASG adalah sebanyak 10 buah negara kesemuanya.

Malaysia yang tampil dengan 193 atlet telah berjaya meraih 37 pingat emas sekali gus menjadi juara keseluruhan ASG 2018. Ternyata kejayaan ini membawa kegembiraan berlipat ganda buat atlet yang menggalas harapan negara.

Sekalung tahniah buat kontinjen Malaysia yang telah berjaya merampas kembali takhta juara keseluruhan ASG ke-10. Mengikut catatan, Malaysia pernah muncul sebagai johan sebanyak dua kali.

Final acara gimnastik berirama individu apparatus reben dimenangi oleh Izzah Amzan (Malaysia), diikuti Iris Hoo Xin En (Malaysia) tempat kedua dan Kanpica Patanasak (Thailand) ketiga.

Malaysia memecah rekod kejohanan dengan masa terpantas tiga minit 13.05 saat mengatasi masa yang diperolehi oleh Thailand pada Kejohanan Sekolah Asean tahun 2016.

Sebahagian daripada penonton yang hadir memberi sokongan kepada pasukan sepak takraw Malaysia.

Muhammad Ilham Suhaimi memenangi pingat emas acara 200 meter pada hari ketiga Kejohanan Sekolah Asea n ke-10 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kali pertama dicatatkan sewaktu Malaysia menjadi tuan rumah pada 2010 dan kemudian Malaysia sekali lagi bergelar johan keseluruhan ASG tahun 2014 ketika kejohanan tersebut berlangsung di Filipina.

Malaysia Menyerlah Dalam Olahraga Dan Gimnastik.

Menerusi 11 jenis sukan yang dipertandingkan,acara olahraga dan renang menawarkan jumlah pingat terbesar dengan masing-masing 38 dan 36 pingat yang menjadi rebutan negara-negara bertanding.Atlet Malaysia telah mempamerkan aksi yang cukup cemerlang dalam sukan yang disertai. Tampil memberi persaingan yang hebat membuatkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang semakin matang dalam pencapaian sukan diperingkat antarabangsa.

Ratu gimnas negara,Izzah Amzan membaca ikrar Kejohanan Sekolah Asean ke-10.

Gimnas negara, Izzah Amzan, mewarnai acara gimrama dengan pencapaianterbaiknya membawapulang lima pingat emas,memperbaiki pencapaiannyadalam edisi lalu denganempat emas.

Kata Izzah, ASG bukan kejohanan yang mudah kerana pesaingan antara negara agak sengit. Jadi,kemenangan ini melonjakkan semangatnya untuk beraksi dalam Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Atlet-atlet muda Malaysia memberi tumpuan untuk membina potensi yang ada. Kini masanya untuk mereka semua menggandakan usaha kerana sukan negara pasti akan lebih maju dan mara ke hadapan lagi. Ayuh, Malaysiaku!

JUMLAH KUTIPAN PINGAT KONTINJEN MALAYSIA MENGIKUT SUKAN DALAM ASG 2018

SENARAI KEDUDUKAN NEGARA BAGI NEGARA BERTANDING DALAM ASG 2018

Izzah Amzan dengan aksi emasnya dalam acara apparatus reben.