Puisi:Guru Kini



Guru
Untuk murid bertemu
Rajin dan tanpa jemu
Untuk bangsamu berilmu.


Kini
Indahnya terus bersemi
Namun dipandang sepi
Insan dididik semakin tidak
menghormati.


Guru kini
Untung nasib diri
Ragu dan terus diragui
Ujian hidup dirimu hadapi.


Kian hari kianmu selami
Inilah terpaksa dihadapi
Namun sabar terus di hati
Inilah insan yang terus menyinari.

MOHAMAD HASBI BOLHASSAN

SK Kg. Bruit,

Daro, Sarawak