Puisi:Lopak



Banyak lopak itu
menghalang perjalanan terancang
mengganggu visi dan misi
menuju destinasi murni.


Kepercayaan menjadi hambar
keyakinan menjadi pudar
Lopak itu mencemas dan
menakutkan
saat berlari pantas memacu cita
bernas.


Hilangkan lopak itu
Bina usaha jaya
Wujudkan kekuatan
Elak tenaga dan masa terbuang.


Ketika itu
susah menjadi senang
berat menjadi ringan
citra menjulang namamu terbilang.


Nyahkan lopak itu jauhdan jauh
demi keluarga tercinta
ikhtiar sedaya upaya
penglibatan mendalam kita utama.


ABDULLAH AR


SK Pasoh 1 (Felda)Negeri Sembilan