Puisi:Guru Yang Berilmu



Jika guru bijak dan berilmu,
Murid pintar segak dan maju.


Jikalau guru pandai mendidik,
Muridnya pula berakal cerdik.


Apabila guru bicara berhemah,
Murid menerima penuh hikmah.


Seorang guru yang bijak bestari,
Menasihati murid setiap hari.


Hormati guru yang bijak berilmu,
Diberkati ilmu di akal dirimu.


Mengajar mendidik suatu ibadah,
Murid cerdik mendapat faedah.


Setelah guru mengajar bijaksana,
Murid menuju ke jalan sempurna.


Sempurna akal dan juga budi,
Baik pemikiran dan juga pekerti.


Pekerti baik jelas ternampak,
Begitu cantik hebatnya akhlak.


Akhlak terpuji teladan Nabi,
Hidup selamat diri tak rugi.


AMI MASRAAMI MASRA


Subang Jaya