Gaya Bahasa Warkah Sultan Abdul Samad


Warkah tentang pengumuman pungutan cukai ini dinukilkan oleh Sultan Abdul Samad pada 27 Muharam 1293 (23 Februari 1876), yang menjadi Sultan Selangor pada waktu itu. Warkah ini ditujukan kepada seluruh rakyat negeri Selangor serta orang asing yang berada di negeri tersebut. Warkah ini menerima tempias revolusi perkembangan percetakan di alam Melayu pada abad tersebut dengan dicetak, bukan ditulis tangan seperti kelaziman warkah-warkah Melayu lama.Sungguhpun demikian, ciri-ciri warkah seperti kepala, cap, puji-pujian,kandungan, dan penutup warkah masih diberi keutamaan.

Sultan Abdul Samad menulis warkah ini sebagai pemberitahuan dan amaran kepada rakyat negerinya dan orang luar yang tidak diberi kuasa tetapi telah memungut cukai hasil dan membelanjakan pendapatan negeri itu.Baginda menegaskan yang Residen,iaitu Tuan Davidson dan Tuan Douglas telah dilantik untuk melaksanakan tanggungjawab memungut cukai hasil bersama-sama dengan wakil istana,iaitu Tunku Diauddin.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan