Kembalikan Tugas Guru Sebagai Pendidik


Dewasa ini, tugas seorang guru sekolah amat mencabar. Mereka bukan sahaja perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah murid dan ibu bapa, bahkan terpaksa memikul bebanan kerja yang semakin bertambah.Apabila prestasi muridtidak mencapai keputusan yang disasarkan, guru pastinya menjadi sasaran utama kritikan atau dipersalahkan pihak-pihak tertentu.Lebih malang lagi, guru turut menjadi sasaran amarah ibu bapa sekiranya anak-anak mereka dihukum kerana melakukan kesalahan tertentu atau melanggar peraturan sekolah.

Cuti rehat hari Sabtu pula adaketikanya terpaksa dikorbankan untuk menjalankan aktiviti kurikulum seperti penganjuran kelas tambahan ataupun aktiviti kokurikulum seperti penganjuran hari sukan sekolah, perkhemahan pasukan beruniform dan sebagainya.Itu belum termasuk tugas menjadi penyelia atau guru pengiring bagi membawa murid menyertai pelbagai program atau pertandingan di luar sekolah, termasuk ke luar negara.Semua ini dilaksanakan bagi memastikan prestasi murid berada pada tahap yang terbaik.

Bukan itu sahaja, tugas untuk memantau perkembangan murid dan membuat pentaksiran,menanda buku latihan, memeriksa kertas ujian atau peperiksaan dan bermacam-macam lagi tugasan lain yang memang merupakan tugas hakiki sebagai seorang guru turut menuntut masa serta komitmen berterusan.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan