Warisan

— oleh Ami Masra —

Datuk nenek kita
tinggalkan kampung halaman
desa permai kekal kenangan
sampai ke akhir zaman.

Kitalah pewaris kampung
desa bahagia negeri tercinta
negara sejahtera buat kita
akan kita wariskan pula harta
pada warisan anak cucu kita.

Ini warisan tanah bumi
negara tercinta hanya satu
tidak dua tidak juga tiga
hanya satu kita yang memaju.

Kita warga pemastautin
setia penduduk penetap prihatin
penghuni abadi di desa ini
hijaukan tanah dan bumi
makmurkan kepuk ekonomi.

Ini warisan kita
harta peninggalan pesaka
meski tanahnya sekangkang kera
kita penetap setia watan bangsa.

Jangan sesekali gadaikan
ini negara maruah harga bangsa
tak ternilaikan.

Ami Masra
Kerdau, Pahang DM

 


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan