Suatu Pencarian

— oleh Oui bin Sal —

Di sudut kegerhanaan sebenar kala
Pasrah pengemudian suatu yang bermakna
Diteruskan walaupun tegarnya ada
Sukar itu pasti berada di sekitar mana
Meluahkan setiap keringat ketara
Rentetan pengembaraan nyata
Nah, oleh itu!
Waktu bercengkarama itu
Pasti berlalu menuntut pilu
Sebuah impian yang pasti keliru
Dan noktahnya amat berliku
Sisihkan keegoan ke sisi
Dilubuk kekang naluri
Nan tiada terperi
Merobek hati yang benci
Yang pasti bergerigi
Bebaskan dirimu dari cengkaman
Agar penghubungnya tiada kebobrokan
Lantas mendambakan sebuah kenyataan
Pada laman pencarian
Langkauilah kini sandiwara semasa
Tegakkan sebuah cita-cita
Menebus keredhaan sentiasa
Moga bisa menyusuri jalan ke syurga
Terus diberkati oleh-NYA

Oui bin Sal
SK Ayer Chanal, Ayer Lanas, Tanah Merah, Kelantan

 


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan