Perginya Seorang Pendidik

(Dedikasi Untuk Arwah Cikgu Ridzuan Razak)

— oleh Iskandar Zulfaqar —

Angin pagi itu bertiup sayu
Dibawa bersamanya khabar duka
Perlahan ia berbisik di telinga
Seorang pendidik bangsa telah gugur.
Semasa hayatnya dia dikenali
Kerana budi dan jasanya.
Dia ikhlas mendidik anak bangsa
Sehingga semuanya mengenal dunia.
Dia disenangi semua
Kerana tidak pernah berdusta
Setiap bait ucapannya
Mengubat hati yang luka
Berehatlah cikgu,
Semoga dikau tenang di sana
Tergolong bersama anbia dan ulama
Kami di sini mendoakanmu
Jasa dan baktimu
Tidak sesekali kami lupa.

Iskandar Zulfaqar
SK Bukit Keteri, Perlis


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan