Kacang Tanah dan Hujan


Pada awal tahun 1979 aku bertugas sebagai guru baharu di sebuah sekolah menengah di selatan tanah air. Aku diberi tugas mengajar subjek Bahasa Melayu di tiga buah kelas, termasuklah sebagai guru kelas Tingkatan Satu C. Kelas itu terdiri daripada 22 orang murid Melayu, sebelas orang lelaki dan sebelas orang perempuan.

Berdasarkan biodata murid dan keluarganya yang selalu aku belek dan baca, kebanyakan ibu bapa mereka bekerja sebagai pembantu rumah, buruh, pembantu kedai, dan bekerja sendiri. Bagiku, latar belakang mereka hampir sama dan mempunyai taraf sosioekonomi yang stabil. Tidak pernah terlintas di hatiku tentang kesusahan, kedaifan, dan kebuluran masyarakat pada ketika itu.

Masih kuingat... pada tahun itu kelas Tingkatan Satu C diberikan tugas membuat projek penanaman sayur-sayuran untuk memenuhi kerja lapangan dalam subjek Sains Pertanian. Aku membantu Cikgu Omar mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan secara berpasangan. Setiap kumpulan terdiri daripada pasangan lelaki dan perempuan, dan mereka memilih sendiri jenis sayur-sayuran yang hendak diusahakan.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan