Nilai dan Hati Budi - Warkah Sultan Muhammad dari Selangor kepada E. A. Blundell


Warkah Melayu lama dinukilkan berdasarkan beberapa komponen atau struktur yang tertentu. Secara asas, warkah sosial terbina menerusi enam komponen iaitu kepala surat, cap mohor, kata-kata pujian, isi/kandungan, prapenutup, dan penutup. Tidak kiralah sama ada sepucuk warkah itu panjang atau pendek, penting atau tidak, binaan asas penulisan warkah sama sekali tidak dipinggirkan. Perkara ini dibuktikan melalui warkah kiriman Sultan Selangor yang ketiga, Sultan Muhammad kepada seorang pegawai Inggeris, Edmund Augustus Blundell (E. A. Blundell), yang ditulis pada 8 Januari 1856 (bersamaan 29 Rabiul Akhir 1272).

Sultan Muhammad (Raja Muhammad bin Raja Ibrahim) dilantik sebagai Sultan Selangor menggantikan ayahanda baginda Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Salehuddin (1782-1826) yang mangkat pada 27 Oktober 1826, dengan gelaran Sultan Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah. Baginda memerintah negeri Selangor selama 31 tahun sehingga tahun 1857, dan berjaya membuat perubahan dengan pembukaan lombong bijih timah di Ampang.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan