Memperkasa Transisi MBK Ke Alam Kerjaya


Tanggungjawab seorang Guru Pendidikan Khas adalah membekalkan ilmu dan kemahiran semampu yang boleh untuk diserap oleh murid berkeperluan khas (MBK). Ibu bapa pula mengharapkan agar hasil pendidikan formal yang diterima akan membolehkan anak-anak istimewa mereka layak ditawarkan pekerjaan atau mampu bekerja sendiri, dan sekurang-kurangnya dapat menyara diri sendiri bagi meneruskan kelangsungan hidup walaupun tanpa mereka berada di sisi. Manakala peranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah sebagai penyedia utama peluang pendidikan yang berkualiti untuk semua MBK mempelajari dan menguasai segala ilmu serta kemahiran yang diperlukan mereka.

Untuk itu pelbagai inisiatif, program dan institusi kemahiran telah diperkenal atau diwujudkan oleh KPM. Antaranya merumuskan Kurikulum Pendidikan Khas yang komprehensif, mengadakan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV), mewujudkan program Buying Seat, merangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), serta Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA). Program-program ini adalah antara alternatif kepada aliran akademik yang biasanya sukar dikuasai oleh kebanyakan MBK yang lazimnya lebih cenderung ke arah bidang kemahiran.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan