Diet @ Senaman - Mana Yang Lebih Penting?


Diet pemakanan dan senaman masing-masing mempunyai tujuan dalam menurunkan berat badan.

Diet dan senaman adalah dua tonggak kuat dalam skema gaya hidup sihat. Namun kedua-duanya mempunyai peratusan yang berbeza dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan atau menjaga kesihatan.

Dalam satu penyelidikan menunjukkan bahawa apa yang kita makan biasanya akan mengalahkan aktiviti fizikal kita. "Bahkan, jika anda tidak bersenam, namun anda makan dengan baik, maka tubuh anda boleh dilihat seperti atlet dan sihat," kata Todd Astorino, ahli sukan dari University of California. Sebaliknya, jika diet yang kita jalani buruk, maka tidak ada satu jenis latihan pun yang boleh membantu kita untuk memperbaiki tubuh.

Itulah sebabnya, bila 'cita-cita' kita adalah menurunkan berat badan, maka mulakan dengan mengawal dan mengatur suapan makanan. Mengurangkan pengambilan kalori lebih efektif untuk melawan kegemukan dibanding meningkatkan frekuensi senaman. Kunci melawan kegemukan pada dasarnya adalah jumlah kalori yang dibakar harus lebih besar daripada yang diambil. Sebagai gambaran 3,500 kilo kalori sama dengan 0.45 kg lemak. Jadi, bila anda ingin mengurangkan lemak 0.45 kg setiap minggu, maka anda perlu mengurangkan 500 kilo kalori daripada menu makanan anda setiap hari.

Meskipun demikian, bukan bererti senaman tidak ada dalam kamus menurunkan berat badan. Sebab, diet bermati-matian tanpa diiringi dengan aktiviti fizikal maka tidak akan mendapatkan hasil yang optimum. Dengan bersenam, lebihan lemak yang tidak boleh dikurangkan daripada diet boleh dibakar dengan kegiatan yang positif. Selain itu, senaman rutin juga akan membuat berat badan lebih stabil dan tubuh lebih bugar. Senaman tubuh yang dilakukan juga akan menyihatkan jantung, melancarkan peredaran darah, dan memperbaiki mood. Penelitian terbaru juga menyebutkan banyak bergerak boleh mengurang nafsu makan.

Bukan itu sahaja, penyelidikan juga menunjukkan orang yang kerap bersenam mempunyai berat badan lebih stabil. Sementara itu, mereka yang hanya mengharapkan diet saja memang boleh menurunkan badan secara drastik, tetapi setelah dietnya berhenti, tubuh pun boleh kembali gemuk. Idealnya, perbaiki pola makan anda terlebih dulu. Anda perlu disiplin pada diri sendiri dan memilih makanan yang tepat untuk tubuh anda.  Setelahnya baru gabungkan dengan melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang teratur.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan