Ketahui Proses Pemikiran Murid Melalui Tulisan Tangan - Mampu Bantu Guru Mengajar Dengan Efektif


Proses pemikiran (thinking processes) dalam tulisan tangan menunjukkan bagaimana seseorang itu berfikir dan mencerap informasi. Secara umum, jika kita melihat sesuatu sampel, kita akan dapati ada dua jenis bentuk tulisan yang akan terhasil iaitu bersudut (angular) atau melengkung/bulat (rounded). Mengikut Howard, setiap tulisan tangan itu sama ada bersudut atau melengkung atau mempunyai kombinasi kedua-duanya.

Tulisan yang bersudut akan mempunyai bentuk yang tajam sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya. Penampilan umum yang selalu wujud adalah melalui garis lurus dan bersudut yang bentuk ini tidak ketara dalam penulisan lengkung atau berbentuk bulat.

Tulisan yang berbentuk lengkung atau bulat pula, huruf dibentuk oleh sebahagian besar daripada garis melengkung. Penulisan secara keseluruhan membentangkan penampilan yang bulat dan tidak banyak didapati garis lurus dan pembentukan sudut.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan